MENARIK:
TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Lambat betul saya updated blog hari ini. Internet kat ofis ni problem plak. Mungkin ada hikmahnya. Boleh saya settlekan kerja yang bertimbun. Hehe...
Saja nak cerita tentang perbezaan "suka" dan "cinta" dalam konteks pendapat saya. Ada sesetengah orang tak dapat bezakan apa itu perasaan suka dengan cinta. Ada gak yang memang dapat bezakan.
Pada saya perasaan "suka" simple je dan perasaan "cinta" ni agak complicated. "Suka" berlaku apabila kita sukakan seseorang. Kita suka kepada dia sebab sesuatu yang kita suka ada pada dia. Antaranya, cantik/hensem, caring, senyum dan macam-macam lagi. Tapi, bila kita terperasan sesuatu yang kita tak suka tentang dia ada pada dia, perasaan suka tu akan hilang.
Tapi berbeza dengan cinta. Kita tetap suka semua tentang dia. Pernah dengar ayat ni, "Kalau dah cinta tu, kentut pun bau wangi". Pernah dengar tak? Sebab orang cakap cinta itu buta. Kita takkan nampak keburukan orang bila kita cinta. Kita nampak semuanya yang baik je. Walaupun kita kena pukul, bila dah cinta, kita anggap dia tak sengaja. Padahal setiap hari kena pukul.
Actually, pada pendapat saya, perasaan suka dan cinta ni berkait rapat. Bila kita sukakan seseorang tu, secara perlahan selepas kita kenal lebih rapat, kita akan jatuh cinta plak.
Ini pendapat saya. Korang ada pendapat lain?
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka

