Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label segmen blogwalking. Show all posts
Showing posts with label segmen blogwalking. Show all posts

Monday, April 2, 2012

SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, segmen saya sebelum ini dapat sambutan yang agak menggalakkan. Harap sangat melalui segmen tersebut, korang yang join tu dapat tambah kenalan baru dan trafik. Saya dapat kenal blogger baru dan juga blogger lama gak melalui segmen tersebut. Best!

Saya nak buat satu lagi segmen. Segmen ni simple je, korang cuma perlu :

1. Buat satu post baru. Copy Header saya kat atas tu dan paste kat post korang tersebut. Jangan lupa linkkan ke post ni.

2. Salin tajuk ni, "SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING"

3. Kemudian, korang tulis la apa saja untuk mengalu-alukan kedatangan blogger-blogger yang akan menerjah blog korang.

4. Siap. Letakkan link post korang tu kat ruangan komen kat bawah.

Itu je. Tak perlu tag. Nak follow blog ni atau tidak, ikut korang. Korang suka, korang follow. Korang tak suka, tak perlu follow. Senang kan?

Saya akan buat satu list untuk korang blogwalking. Saya akan bahagikan ikut kumpulan agar mudah korang nak berblogwalking. Saya tak menjamin peningkatan trafik dan follower yang mendadak TAPI kalau korang berusaha, insya Allah.

Saya buka segmen ni sampai 11.00 malam hari ini (2hb April 2012) je.

Jemput join segmen saya ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, January 10, 2012

"SEGMEN IEYZA AFIEYNA : JOM BLOGWALKING BY IEYZA AFIEYNA"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak join segmen jom blogwalking yang dihostkan oleh adik comel kita si Ieyza Afieyna ni. Macam mana saya tahu ada segmen jom blogwalking ni? Macam biasalah. Dah takdir. Hehehe. Tadi ternampak kat blog geng-geng blogger lain.

Seperti biasa, nikmatilah cerita merapu saya di bawah ye? Ieyza jangan marah ek? Saja nak menyelitkan cerita merapu ni. Hehehe.

Pada suatu petang yang dingin bangat bak berada di Kutub Utara, kelihatan seekor siput sedang mengesot perlahan-lahan menuju ke destinasi yang ingin ditujuinya. Siput tersebut berhenti kejap mengelap peluhnya yang melimpah ruah keluar dari cangkerangnya. Macam mana dia lap peluhnya? Dia guna kain yang tersimpan di poketnya.

Kemudian, siput tu sambung mengesot-mengesot-mengesot dan seterusnya. Destinasi yang ingin dituju siput tu masih jauh baginya. Lebih kurang 0.543 km lagi. Jauh kan? Ya, jauh bagi si siput. Si siput terus berusaha sehingga akhirnya sampai gak ke destinasi. Kelihatan seekor kura-kura sedang berehat.

Siput : Assalamualaikum.

Kura-Kura : Waalaikummussalam.

Kura-Kura bergerak menghampiri Siput.

Siput : Nah, ini ada surat kamu. Dari Si labi kat hujung sana tu.

Kura-Kura : Ye ke? Terima kasih la Siput. Siput, tolong kasi surat aku tulis ni kat Labi balik ye? urgent ni.

Siput : Urgent? Ok2. Nanti aku bagikan. Ada banyak lagi surat nak hantar ni. Aku pergi dulu ye?

Kura-Kura : Ok. Thank you my friend.

Si siput pun meneruskan perjalanannya menghantar surat-surat kepada ahli rimba yang lain.

Sekian. Hehehe.

Kena tag 3 orang ek? Nak tag:

Zul Fattah
Aimifiqa
Sue

Itu je. Tarikh tutup : 14 Januari 2012. So, jom join ramai-ramai segmen jom blogwalking ni. Mungkin kita boleh kenal dengan kawan-kawan baru lagi kan? Kan?

Hehehe.

p/s : Mood nak berblogging ni makin kurang plak. Tak tahu kenapa. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka