MENARIK:
GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!
Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Tadi buka gmail saya dah ternampak satu email kat pic atas. "WINNER OF OF ONE MILLION POUNDS STERLING IN THE BTP". Bila buka je email dia, dia cuma minta NAME, ADDRESS DAN TEL je. La... Camtu je?
Takkan senang-senang boleh dapat One Million Pounds Sterling? Kalau ditukarkan dengan Ringgit Malaysia, mahu berpinar gak la mata saya kegembiraan. Haha.. Email macam ni memang selalu saya dapat.
Dulu email macam ni akan disertakan dengan kononnya bukti-bukti dan kata-kata aluan. Sekarang ni senang je. Hantar tajuk email dan dalamnya cuma ada 3 perkara je yang diperlukan. Haha... Memang simple sesimplenya.
Saya pernah layan email macam ni. Masa tu remaja lagi. Sekarang ni belia. Hehehe... Saya pun balas email dorang dan dorang pun balas email saya. Minta saya bayar entah berapa ribu entah. So, saya terus ignore je. Kalau nak bagi, bagi je la. Buat apa nak minta duit lagi. Tak pun tolak je kat duit yang dorang nak bagi tu.
Korang mesti pernah dapat email macam ni kan?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

