Tadi masa drive nak pergi Maybank, ada motor tiba-tiba lintas depan kereta saya. Kelam kabut saya brek tapi mata pada masa yang sama tengok side mirror dan ada lori besar kat belakang. Tapi nasib baik lori tu jauh skit. Kalau tak, takde la entry ni, betul tak?.. Hahaha... Eh, mood bengang mana leh gelak. Isk..isk..
Yang tak tahan bengang lagi tu, saya hon motor tu, penunggang tu buat dek je dan siap bleh senyum lagi tu. Menyesal plak tak langgar je dia tadi. Bengang betul.
Kalau nak test badan tu kebal tak dari maut, tak payah la nak libatkan orang lain. Pergi je langgar dinding mana-mana tembok bangunan terbiar. Tak menyusahkan orang. Bengang betul la.
Mood : bengang dengan diri sebab membengangkan diri dengan perkara tak berfaedah. Haha..
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2
Sila Tekan Like Jika Suka
