Hari ni dari pagi tadi asyik blogwalking je. Lebih 100 blog saya dah terjah. Entah berapa banyak blog dah saya follow. Hari ini saya cuti dan langsung tak kuar rumah. Mengadap TV dan netbook je. Hehehe. Tegar tak?
Tapi yang mengecewakan, ada sesetengah blog ni suka letak button Follow atau nama baru Join this Site di tempat yang susah nak nampak. Dah la sidebarnyer scroll tepi tu jenis yang gerak-gerak. Bila ia shift sikit, saya tertekan ke bawah sangat. Saya pakai netbook je. So, saya tak pakai mouse. So, bila jadi macam ni, saya jadi tension la. Saya nak Follow tapi owner blog ni macam tak suka je saya Follow.
Saya pernah letak button Follower saya kat bawah sekali masa mula-mula blogging dulu. Kononnya nak orang yang datang blog saya terjah sampai ke bawah la. Bila kena kat batang hidung sendiri, baru tahu seksanya. So, saya letak kat atas supaya senang nampak dan follow.
Mesti korang ingat,
"Ala... Dorang follow, pastu tinggal"
Jangan fikir short terms. Fikir long term. Bila dorang follow, lambat laun dorang akan notis gak blog kita. Sebab bila kita update blog kita dengan entry terbaru, ia akan muncul kat dashboard dorang yang follow. Kita tak tahu masa depan Blogspot akan diupgrade macam mana lagi.
Betul tak? Sape tak sokong, sila angkat kepala. Hehehe.
p/s : Berpinar gak mata saya.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
