Dah sampai Hotel Prescott Inn Kajang. Tengah rehat-rehat je sekarang. Penat gak drive tadi. Dari Bagan Datoh ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan terus ke Kajang. Siap tersesat lagi. Hehehe.
Tadi tersesat, saya tersilap tengok tanda jalan. Kawan saya gelak-gelakkan saya. Saya pun gelak la nak cover malu. Takpelah. Lagipun dia gurau je. Layan je la. Dia nak menceriakan suasana.
Tapi, sepanjang perjalanan, dia asyik ungkit salah saya tadi. Semua gelak, saya pun gelak gak la. Walaupun rasa sikit annoying. Takpelah. Kawan-kawan tengah seronok. Layan je la. Kan?
Banyak kali gak dia perli sampai rasa nak senyum pun susah. Tapi saya tetap maintain senyum. Biar perjalanan seronok je. Kan? Layan je. Saya positifkan diri. Tak nak sentap sebab tahu dia cuma bergurau je.
Saya pun dua kali lima gak dulu. Hehehe.
p/s : Tengah cuba untuk perbaiki diri jadi lebih baik.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
