Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, May 21, 2012

TERKENANG SAAT HARI ISNIN DAY OFF DULU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini hari Isnin. So, saya mesti akan mengantuk macam nak tidur tak nak bangun-bangun dah. Nanti tak bangun dah baru padan muka diri sendiri yang memang hensem. Hehehe.

Hari Isnin pun membantutkan idea saya untuk update blog. Bila duduk depan PC je, idea langsung takde dan otak saya jadi blank. Ditambah rasa mengantuk yang membuak-buak ini. Memang idea nak update blog pun lari entah ke mana.

Masa kerja swasta kat Golden Screen Cinemas Dataran Pahlawan, Melaka dulu, hari Isnin adalah hari Day Off saya. Hari lain semua hari saya bekerja. So, bila tiba hari Isnin, saya tak payah nak bangun awal siap-siap jalan kaki naik lif buka pintu dan kerja. Boleh terus sambung tidur sampai bila saya rasa nak bangun. Hehehe.

Tapi, sekarang kerja Isnin sampai Ahad. Sabtu dan Ahad cuti pun best gak. Cuma kenapa tak masukkan sekali hari Isnin cuti ek? Kerja 4 hari, Cuti 3 hari. Baru seimbang. Hehehe.

Korang mesti ada perasaan yang sama macam saya bila tiba hari Isnin kan? Jangan tipu. Saya tau. Saya ada kuasa psikik tau? Hehehe.

p/s : Kerja banyak tapi tak tahu nak mula dari mana. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, October 22, 2011

PROGRAM KAUNTER KHAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ni ada program kaunter khas di Bangunan Persatuan Cina Hilir Perak, Teluk Intan, Perak.

Sampai pukul 12 tengah hari je. Pastu balik Bagan Datoh je. Inilah aktiviti saya untuk hujung minggu ni.

Korang buat apa hujung minggu ni? Ce citer.

p/s : Nak makan Mcd la pasni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka