KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, February 24, 2011

JOM BERCUTI DI PULAU PANGKOR!!!


Salam sejahtera semua kawan-kawan blog kat luar sana.

Hari ni nak teringin pula nak cerita tentang keindahan Pulau Pangkor.  Aku pernah pergi beberapa kali.  Kalau korang nak tahu, Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia.  kalau nak pergi ke sana, kenalah naik feri dari Lumut.

Dulunya, kalau ikut sejarahnya, Pulau Pangkor ni adalah tempat perlindungan bagi nelayan tempatan, peniaga dan lanun-lanun.  FPada tahun 1874, Pulau Pangkor ini telah menjadi tempat yang dipilih untuk satu perjanjian di antara Kerajaan Inggeris dan pesaing yang merebut takhta Perak iaitu Perjanjian Pangkor dan ini yang memulakan dominasi penjajah Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu.

Pulau Pangkor di terkenal dengan pantainya yang indah dan banyak penginapan budget hingga ke penginapan bertaraf 5 bintang.  Antara penginapan yang sangat popular di Pulau Pangkor ialah di Teluk Nipah dan Coral Bay.






Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya snorkelling, banana boat, jet ski dan macam-macam lagi.  Pulau Pangkor ni kalau pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan memang best.  So, jom bercuti di Pulau Pangkor.  Nikmati keindahan alam dan rehatkan minda.

Itu saja nak cerita kali ni.  Stay tune untuk next post!

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. A place that reminds us that we can have a wonderful holiday in Malaysia with breath taking scenery.

    ReplyDelete
  2. bro, aku tak pernah pergi Pulau Pangkor... dlm byk2 pulau mmg Pulau Pangkor laa yang aku liat nak gi... takde kawan kat belah utara laa... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Norhisham : saya yang duduk kat perak ni pun jarang pergi. hehe.

    ReplyDelete
  4. slm...

    brapa bajet pakej ke sana?

    ReplyDelete