Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, February 25, 2011

BUSY...BUSY...BUSY..


Salam sejahtera semua kawan-kawan.

Nak cerita skit.  Minggu lepas dan minggu ini memang minggu-minggu yang sangat busy bagi aku.  Minggu lepas, aku busy dengan mesyuarat-mesyuarat dan nak kena hadir perasmian MyDaftar Anjuran SITF (Special Indian Task Force) di Jabatan Pendaftaran Negara Ipoh, Perak.  Minggu ni aku busy dengan program-program MyDaftar yang bertujuan untuk mendaftarkan kelahiran dan memproses permohonan warganegara bagi Masyarakat India yang layak.


Minggu lepas, hari Sabtu dan Ahad kena buka kaunter.  Minggu ni hari Sabtu je buka kaunter.  Letih sangat sebab terpaksa beri penerangan lima enam kali sebab mereka tak faham.  Macam-macam masalah timbul dan kebanyakkannya telah selesai dan diproses. Cuma lepas ni, busy nak buat temuduga plak.

Aku harap program MyDaftar ni dapat la bantu Masyarakat India yang tidak mampu sebab SITF ada la beri sumbangan untuk bayar yuran proses pendaftaran.  Alhamdulillah sebab tiada masalah yang serius berlaku semasa program ini berjalan dan esok hari terakhir nak buka kaunter serta program ini berakhir.

Itu je nak cerita kali ni.  Jumpa kawan-kawan di post seterusnya.

Adios.


-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment