Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab masih lagi sudi terus membaca hasil tulisan yang kekadangnya lebih merepek dan penuh dengan kemerapuan ni. Hehehe.
Saya ni bukan seorang yang terlalu fanatik sangat untuk menyambut tahun baru setiap tahun. Sebab apa? Sebab setiap kali tahun baru, tiap kali itulah mengingatkan saya tentang umur saya yang semakin meningkat. Hehehe.
Tapi saya tengok masyarakat Negara kita sekarang terlalu sangat merayakan sambutan tahun baru ni. Macam baru-baru ni pada malam 31hb Disember 2011, saya dan famili pergi bershopping di Pesta Pulau Pinang, masa nak balik ke rumah di Sungai Bakap, saya berhenti sekejap di satu stesen minyak sebab emak dan adik saya nak buang air. Sampai je tempat parking berdekatan tandas, nampak seorang perempuan (dari raut wajahnya macam melayu) dengan dua lelaki melayu tengah mengurut belakang perempuan tu. Perempuan tu tengah muntah dan nampak mabuk.
Saya pernah kerja di pawagam di Pulau Pinang. So, permandangan macam tu memang selalu sangat saya tengok. Orang Melayu kita minum arak.
Saya tengok je dorang. Yang menghairankan, berdekatan situ jugak ada 5-6 orang berpakaian polis tengah lepak-lepak. Tapi, dorang langsung tak ambil port dan biar je.
Masyarakat kita sekarang terlalu mengikut budaya Barat sangat. Setiap malam tahun baru, entah berapa ramai perempuan hilang dara dorang? Astafirullah. Mohon dijauhkan dari terkena kat bakal anak-anak perempuan saya nanti.
p/s : Setiap sambutan tahun baru, semakin teruk masyarakat kita terpesong.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
masyarakat kita tidak cukup mendalami novel "aku anak timur" barangkali
ReplyDeleterasa malu bila ternampak orang2 Melayu yg lebih advance munim arak daripada kaum2 lain..na'uzubillah...
ReplyDeleteapapun, sambutan tahun baru tu tak digalakkan dlm Islam kan.tapi sgt digalakkan bila kita bermuhasabah diri :)
harap kite dan anak cucu kite bukan salah seorang y bersifat sedemikian..amin
ReplyDeleteharap kite dan anak cucu kite bukan salah seorang y bersifat sedemikian..amin
ReplyDeleteAlhamdulillah..di shah alam saya tidak memilih ke i-city sebailiknya menuju ke ceramah ustaz azhar idrus...InsyaAllah..ramai anak muda ke situ..elak maksiat....
ReplyDeletesetuju3...lagi sedih, ramai yang wish selamat tahun baru, tapi bila tahun baru Maal Hijrah, hurmmmm..kurang sgt....sedih nye...
ReplyDeletehurmmmm..KEBARATAN agaknye tu.. akhir zaman..hish~
ReplyDeletejiran nasz,
ana
xpernah sambut pun tahun baru tu... xde manfaat pun yg boleh dimanfaatkan..
ReplyDeleteazam tahun baru: nk jd lebih baik... tapi mlm pertama tahun baru pun dah langgar azam.. aiyaa
ReplyDeleteakak sambut kat rumah je..
ReplyDeleteKisah sedih:Jubah untuk Ibu
setuju dgn naz....
ReplyDeletemlm tahun baru dh jadi mcm mlm kebebasan pulak....
mak bapak pun tak larang......
apalah nasib remaja kita nie.....
akhir zaman...
ReplyDeletedepa sibuk main bunga api, saya sedap tidur atas katil. > selamat di rumah sendiri. :)