Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Memandu dalam keadaan mengantuk ni memang bahaya. Bila kita mengantuk, kita sudah semestinya akan tersengguk-sengguk. Kan?
Kita sudah semestinya memandang ke depan tapi dalam fikiran kita kosong. Kadang-kadang lampu isyarat ke depan merah tapi kita tak perasan. Kalau kereta takde masa tu, takpelah. Tapi, tiba-tiba ada lori keluar dari lorong sebelah yang lampu isyaratnya hijau, bye bye la kita kalau umur kita pendek. Kalau umur kita panjang, Alhamdulillah.
Kalau mengantuk, lebih baik berhenti kat mana-mana R&R kalau ada kat highway atau mana-mana yang korang rasa ok untuk berhenti, pergi basuh muka dan minum kopi atau nescafe dulu baru teruskan perjalanan. Tak pun tidur la sekejap untuk rehatkan mata yang mengantuk tu.
Kereta yang rosak boleh diganti, kalau nyawa yang hilang, mana nak cari gantinya? Ingatlah orang tersayang semasa memandu.
p/s : Entry pendek je sebab tengah ngantuk ni. Kira macam sumber inspirasi untuk entry ni. Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
pernah memandu sewaktu mengantuk.... nyaris kemalangan...
ReplyDeletepernah terlelap masa bawak motor.. mujur x msuk dlm longkang.. fuhh.. bahaya
ReplyDeletekalau ngantuk, ubatnya adalah tidur..
ReplyDeletebetol..klu ngantuk,jgn paksa diri..rehat sekejap..pastu cntinue drive blk :)
ReplyDeletedont drive and dream...
ReplyDeletekalo mengantuk cepat2 kene refresh kan diri... xpun, ade teman berborak
ReplyDeletepernah dulu balik kerja shift mlm...terus drive balik ke taiping.... tgh2 panas naik highway.... hampir byk kali terbabas sebab mengantuk.....Syukur tak jadi apa apa.....
ReplyDeleteskrg dah tak berani..... nyawa lagi penting
berhenti tdo kt msjd or mna2 yg selamat dlu la ek
ReplyDeletepernah drive dlm keadaan mengantuk..nasib baik adik yg duduk sebelah tu tak tidur..sempat la dia sergah sebelum keret tu melencong ka mana-mana..alhamdulillah...mujur selamat :)
ReplyDeletengantuk tu dlm keadaan x sedar....so...hmmm..be aware....
ReplyDelete