Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, January 7, 2012

"MYKAD STRUKTUR BARU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya kena menghadiri Taklimat Mykad Struktur Baru. Memang dari tahun lepas lagi dah ada khabar angin untuk melaksanakan Mykad Struktur Baru ni. Tapi, masa tu belum lagi saya tahu bila nak dilancarkan. Akhirnya awal Januari tahun ni telah dilancarkan oleh Dato' Jariah merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Pelancaran Mykad Struktur Baru oleh Dato' Jariah

Memang banyak ciri-ciri keselamatan baru ditambah baik dalam Mykad Struktur Baru ni. Tambahan cip juga dari 64k ke 80k, menggunakan teknologi turisan laser, diperbuat dari bahan Polikarbonat yang lebih tahan dan macam-macam lagi.

Turisan laser di atas kad untuk maklumat dan gambar kita adalah bagi saya paling sempoi. Sebabnya adalah turisan laser tu akan mencetak maklumat dan gambar kita hingga ke lapisan kedua. Sama gak dengan turisan laser di belakang kad. Bila kita koyakkan Mykad untuk lihat lapisan kedua, apa yang tercetak di lapisan pertama akan tertera di lapisan kedua. Ini adalah untuk mengelakkan pemalsuan Mykad.

Antara ciri-ciri keselamatan Mykad Struktur Baru

Di bahagian yang bertulis "Kad Pengenalan Malaysia" di sebelah atas, di bawahnya ditambah "Identity Card". Menurut penyampai taklimat, "Identity Card" itu ditambah untuk apabila kita berada di luar negara, kita boleh gunakan Mykad kita sebagai Identity Card kita. Itu yang dimaklumkan oleh penyampai taklimat yang ditugaskan untuk menyampaikan taklimat.

Tapi, memang banyak ciri-ciri keselamatan baru yang tak dapat saya rungkaikan di sini. Tapi, kebanyakkannya melibatkan Ultra Violet (UV). Bila korang dah buat Mykad baru nanti, korang cuba tengok Mykad korang tu sebelah depan dan sebelah belakang di bawah cahaya UV. Memang cantik.

Kiri Mykad Lama dan Kanan Mykad Struktur Baru

Untuk makluman, pertukaran ke Mykad baru ni tidak diwajibkan tapi digalakkan. Perlaksanaannya pun secara berperingkat. Buat masa sekarang, tak semua JPN boleh laksanakan Mykad Struktur Baru ni. So, harap korang dapat bersabar ye?

p/s : Saya pun tak tukar Mykad saya yang cip dah rosak ni. Nak tunggu Mykad Struktur Baru ni baru nak ganti. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. kat bagan datok takde lagi kan. baru cuti ni nak tukar. mykad darjah 6 lagi sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. Ahmad Haziq Azlan : 17.02.2012 baru JPN bagan datoh mula. sebab JPN HQ buat secara berperingkat.

    ReplyDelete
  3. wahhh menariknya.. tak sabar nak renew maykad la klu gni.. hehe :)

    ReplyDelete
  4. cantik ler....
    elok jugak...my card teman nampak cam dah naif sangat.....

    ReplyDelete
  5. la.. ia kluar gambaq putrajaya r.. erm.. cool

    ReplyDelete