Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, January 14, 2012

"ORANG LAIN SEMUA SALAH, DIA JE YANG BETUL"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak jumpa yang macam tajuk kat atas tu? Saya dah jumpa dan memang saya selalu dengar dia merungut cerita tentang orang ni salah, orang tu salah. Even artis macam Yuna nyanyi lagu pun dia komen tak betul. Katanya nyanyi macam orang mengantuk je. Macam ni semua orang pun boleh menyanyi macam Yuna.

Entahlah apa yang betul bagi dia. Macam dia tak pernah buat salah langsung. Tapi yang bestnya bila dia buat salah, dia pandai pulak diamkan diri. Buat macam tak bersalah je. Tapi yang menghairankan, semua orang yang dia nampak semuanya salah. Tak ada satu pun yang betul di mata dia. Ada saja yang nak dikomennya.

Tak salah kalau nak komen tu tapi berpada-padalah. Janganlah komen macam kita ni perfect sangat. Padahal kita pun banyak kekurangannya. Mungkin orang tu ada kelebihan yang kita tak ada. Ada sesetengah  komen yang dilemparkannya tu betul tapi bila terlebih komen pun boleh jadi tak betul. Kan?

Entry ni bukan nak memburukkan sesiapa. Cuma nak ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan blogger semua je. Kalau tak nak dengar, takpelah. Bukan saya rugi apa-apa pun. Ikut diri sendiri nak terima atau tak. It is up to yourself.

p/s : Baik diam je. Habis cerita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. orang macam ni, merasakan diri dialah yang paling hebat

    ReplyDelete
  2. memang ada jumpa org macam tu...
    memang tak suka....
    apa yg org buat semua tak betul...
    dia jer yg betul...

    ReplyDelete
  3. dari kita sibuk mencari kesalahan org lain....baik kita bermuhasabah diri mencari kekurangan dan kelemahan kita... kan nazs?

    ReplyDelete
  4. ye....ada gk jumpe org yg mcmni....tapi ape leh wat...klu nasihat elok2 pun xnk dgr so biakan jela

    ReplyDelete
  5. biasa yang mcm tu orang tak muhasabah diri..mampu bersabar jela kalo jumpa..huhu

    ReplyDelete
  6. Tiada makhluk yang Dia cipta dengan sifat sempurna melainkan Dia Yang Maha Esa.

    Kadang2 manusia ni tak sedar kesilapan dan kekurangan diri sendiri kerana sentiasa memikirkan diri tu bagus.

    Kita sendiri pun tak boleh nak menilai diri sendiri.Hanya Dia yang boleh menilai diri kita dan makhlukNya.

    ReplyDelete
  7. orang macam ni memg susah.. bnyk songeh.. nak dia je betul

    ReplyDelete