Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, January 11, 2012

"MUSIM EKSIDEN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni saya perhatikan makin banyak kes eksiden di jalan raya ataupun di jalan kampung. Tak kiralah kes kecil or kes besar. Yang terpampang kat surat khabar tu bukan semua. Kalau setiap eksiden ditulis dalam surat khabar, confirm tak muat surat khabar tu untuk berita lain. Kan? Hehehe.


Tapi memang diakui eksiden sekarang makin banyak. Apa sebabnya ek? Antara sebabnya paling utama adalah sikap pemandu itu sendiri. Sikap pemandu yang kurang sabar dan ada gak pemandu yang mengantuk. Bila mengantuk, tak nak berhenti rehat sekejap (Samalah dengan orang yang menulis ni. Hehehe).


Keadaan kenderaan macam tayar, minyak hitam, air dan lain-lain kena gak jaga. Kadang-kadang minyak hitam dah lebih limit untuk tukar tapi tak tukar-tukar lagi. Air pun dah kering tapi tetap jalan kereta jauh-jauh. Tayar kereta pun antara penyebab eksiden. Angin tayar kereta yang kurang dan bunga tayar kereta yang dah botak. Ada gak tayar kereta dah bengkak tapi tak tukar tayar baru. Tayar yang bengkak senang pecah semasa kita drive. Boleh sebabkan eksiden. Ada banyak lagi tapi saya ulas yang common je dulu.


Kat TV pun banyak kempen-kempen keselamatan jalan raya tapi macam kurang effect. Tpi usaha berkempen ni patut dipuji.


Korang yang drive atau menunggang tu, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.


p/s : Ada orang bawa motor terhuyung-hayang macam mabuk. Entah apa motif dia sebenarnya.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. tayar bengkak? macam mana tu? bateri bengkak tau la

    ReplyDelete
  2. sekarang ni dorng bwk kenderaan ikut suke ati jee..

    ReplyDelete
  3. malang tak berbau, moga dijauhkan Allah dari segala malapetaka dan bencana.

    ReplyDelete
  4. mmg kena hati2 skg ni :)






    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  5. sentiasa berwaspada... kalau kita hati2 pun, takut yg lain tak....

    ReplyDelete
  6. jom join http://tintahatimilikain.blogspot.com/2012/01/segmen-amazing-adventures-by-cik-atiera.html

    ReplyDelete