Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label entry ingatan. Show all posts
Showing posts with label entry ingatan. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

MANUSIA MUDAH LUPA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Manusia ini mudah lupa. Betul tak? Kita sebagai manusia ini mudah lupa dengan apa yang berlaku di depan mata ataupun kita baca di mana-mana.

Kita drive dan lalu tempat kemalangan teruk berlaku. Nampak darah di atas jalan raya. Masa itu, saya pasti kita akan terasa insaf dan mula drive slow-slow. Risau perkara yang sama berlaku kat kita kan? Tapi, selepas beberapa lama kita drive slow, kita jadi boring dan mula drive laju balik. Apa yang kita tengok semasa kemalangan tadi terus kita lupakan.

Kita pergi dengar ceramah yang buatkan air mata kita jatuh berderaian. Menangis kita teresak-esak. Habis saja ceramah tu, kita balik rumah. Kita teringat balik apa yang kita dah dengar dalam ceramah tadi. Selepas beberapa hari, kita mesti akan kembali buat perkara yang sama dan tak ingat dah apa yang kita dengar dan pelajari masa dengar ceramah itu.

Kita bukan sempurna. Kita boleh belajar dari kesilapan. Saya pun ada kalanya terlupa juga. Sebab seperti tagline blog saya, saya hanya seorang lelaki biasa yang hidup di atas muka bumi ini.

Hehehe.

Anyway, ini cuma pendapat saya saja. Kalau korang ada pendapat lain, kongsikanlah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 27, 2012

PENYAKIT WANITA DAN LELAKI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"PENYAKIT WANITA banyak pada MULUTNYA" = Mengumpat

"PENYAKIT LELAKI banyak pada MATANYA" = Memandang Yang Haram

p/s : Penyakit sebegini memang banyak di kalangan lelaki dan perempuan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 15, 2012

INSYA ALLAH...TERBUKA PINTU REZEKI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Jangan lupa kepada jasa ibu dan ayah. Tanpa mereka, tiada kita di dunia ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, January 14, 2012

"ORANG LAIN SEMUA SALAH, DIA JE YANG BETUL"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak jumpa yang macam tajuk kat atas tu? Saya dah jumpa dan memang saya selalu dengar dia merungut cerita tentang orang ni salah, orang tu salah. Even artis macam Yuna nyanyi lagu pun dia komen tak betul. Katanya nyanyi macam orang mengantuk je. Macam ni semua orang pun boleh menyanyi macam Yuna.

Entahlah apa yang betul bagi dia. Macam dia tak pernah buat salah langsung. Tapi yang bestnya bila dia buat salah, dia pandai pulak diamkan diri. Buat macam tak bersalah je. Tapi yang menghairankan, semua orang yang dia nampak semuanya salah. Tak ada satu pun yang betul di mata dia. Ada saja yang nak dikomennya.

Tak salah kalau nak komen tu tapi berpada-padalah. Janganlah komen macam kita ni perfect sangat. Padahal kita pun banyak kekurangannya. Mungkin orang tu ada kelebihan yang kita tak ada. Ada sesetengah  komen yang dilemparkannya tu betul tapi bila terlebih komen pun boleh jadi tak betul. Kan?

Entry ni bukan nak memburukkan sesiapa. Cuma nak ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan blogger semua je. Kalau tak nak dengar, takpelah. Bukan saya rugi apa-apa pun. Ikut diri sendiri nak terima atau tak. It is up to yourself.

p/s : Baik diam je. Habis cerita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, January 3, 2012

"TERLALU MENYAMBUT TAHUN BARU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab masih lagi sudi terus membaca hasil tulisan yang kekadangnya lebih merepek dan penuh dengan kemerapuan ni. Hehehe.

Saya ni bukan seorang yang terlalu fanatik sangat untuk menyambut tahun baru setiap tahun. Sebab apa? Sebab setiap kali tahun baru, tiap kali itulah mengingatkan saya tentang umur saya yang semakin meningkat. Hehehe.

Tapi saya tengok masyarakat Negara kita sekarang terlalu sangat merayakan sambutan tahun baru ni. Macam baru-baru ni pada malam 31hb Disember 2011, saya dan famili pergi bershopping di Pesta Pulau Pinang, masa nak balik ke rumah di Sungai Bakap, saya berhenti sekejap di satu stesen minyak sebab emak dan adik saya nak buang air. Sampai je tempat parking berdekatan tandas, nampak seorang perempuan (dari raut wajahnya macam melayu) dengan dua lelaki melayu tengah mengurut belakang perempuan tu. Perempuan tu tengah muntah dan nampak mabuk.

Saya pernah kerja di pawagam di Pulau Pinang. So, permandangan macam tu memang selalu sangat saya tengok. Orang Melayu kita minum arak.

Saya tengok je dorang. Yang menghairankan, berdekatan situ jugak ada 5-6 orang berpakaian polis tengah lepak-lepak. Tapi, dorang langsung tak ambil port dan biar je.

Masyarakat kita sekarang terlalu mengikut budaya Barat sangat. Setiap malam tahun baru, entah berapa ramai perempuan hilang dara dorang? Astafirullah. Mohon dijauhkan dari terkena kat bakal anak-anak perempuan saya nanti.

p/s : Setiap sambutan tahun baru, semakin teruk masyarakat kita terpesong.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 2, 2011

"UBAT HATI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hati korang ok ke tak ok?

p/s : Bila hati sedih, ingatlah Allah. Bila hati gembira, ingatlah Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 1, 2011

"IBUKU SEORANG PEMBOHONG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Nak kongsi satu cerita yang saya baca memang berlinang air mata saya. Korang baca sampai habis ye?


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. 


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. 


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. 


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu 
"SEMOGA MENJADI TAULADAN"


Kredit : Singgahmatamu


p/s : Pengorbanan ibu memang tiada bandingnya. Sejak kita di dalam kandungan lagi, ibu kita dah berkorban untuk kita. Sampai ke akhir hayatnya. Harap perkongsian ini dapat menguatkan lagi kasih sayang kita kepada ibu kita.


Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 30, 2011

"GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selalu kita dengar gangguan seksual terhadap perempuan je kan? Macam mana plak gangguan seksual boleh berlaku kepada lelaki? 

Jawapannya ada perempuan yang suka berpakaian ketat walaupun pakai tudung. Kalau nak tutup aurat, biarlah sempurna.


p/s : Takde niat nak cari salah sesiapapun. Cuma nak mengingatkan je.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 18, 2011

"BILA MASA PLAK SAYA JAJA KISAH ORANG?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Apa yang saya tulis di blog saya hasil pendapat saya. Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya menulis menggunakan ayat umum je. So, semua orang boleh baca dan dapat manfaatnya.

Takde niat langsung untuk menjaja kisah rumah tangga tiang seri bumbung orang. Blog saya ni pun bukan blog artis ataupun gosip-gosip. Dah dinamakan blog peribadi saya, so, banyaklah entry berkenaan pendapat saya. Tak pun tentang aktiviti yang saya rasa menarik untuk ditulis.

Persoalanannya, kenapa nak terasa plak? Dia sorang je ke yang ada masalah macam tu? Dulu pun saya pernah kena gak. Lagipun, saya menulis berdasarkan pemerhatian saya. Tak semestinya dia sorang je. Takde maknanya saya nak perhatikan dia sorang je. Ada ramai lagi yang saya boleh perhatikan. Kalau saya perhatikan dia sorang, semua entry saya ni berkenaan dia sorang je la.

Saya pun perhatikan diri saya sendiri gak. Saya tahu kadang-kadang saya pun terbabas dan tak betul. Cuma, sesetengah entry saya tu untuk mengingatkan diri saya.

Entry ni tak berunsur marah pun. Cuma nak menekankan apa yang saya tulis di blog saya ni berdasarkan pemerhatian dan pendapat saya. Takde langsung nak memburukkan sesiapa tapi memberi ingatan kepada diri sendiri dan orang lain tentang sesuatu perkara yang kadang-kadang kita tak perasan kita buat.

p/s : Daripada saya jaja kisah orang dapat dosa. Baik saya buka Francais McDonald, dapat gak income dan makan. Kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka