Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, November 28, 2011

SANTAI MINDA : "PENCARIAN ORANG PALING MALAS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Santai minda jap. Korang jangan tension-tension dengan kerja dan exam tu. Jom baca kisah santai minda ni dulu sebelum sambung kerja or studi tu. Jom.


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

p/s : Kalau tiba-tiba kat Malaysia ada pencarian orang paling malas, memang sengitlah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

11 comments:

  1. hahaha.

    nak citer pun malas

    bijok bijok

    ReplyDelete
  2. klakar la cerita.. kalau benda paling malas, akak rasa brokband akak ni paling malas.. nak 'abiskan pusing' pun bukan main malas brok band ni

    ReplyDelete
  3. haha.. memang malas tahap ape dah tu..

    ReplyDelete
  4. salam;
    aku rasa malas nak bangun pagi tadi...

    ReplyDelete
  5. haha.. penah baca cite ni.. budak tu memang malas gile r.. haha

    ReplyDelete
  6. Piat juge telinga NasZ ni kanggg!

    ReplyDelete
  7. ish3 smpai tahap tu malas die..hesh~






    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete