Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Hari ni berita utama di muka surat depan akhbar Metro adalah berkenaan seorang Datuk yang buat "Patung Kubur" untuk jatuhkan pesaing perniagaannya. Inilah yang berlaku dari dulu sampai sekarang. Sifat tak boleh tengok orang lain lebih maju daripada diri sendiri. Saya tak nak ulas tentang berita ni. Korang boleh baca sendiri.
Perasaan macam ni tak sepatutnya wujud. Bila berniaga, jangan berdengki dengan pesaing kita tapi bersainglah secara sihat. Tingkatkan kualiti barang jualan kita. Be creative. Ya, guna sihir tu memang kreatif tapi salah di sisi agama. Allah Maha Mengetahui. Allah dah bahagikan rezeki setiap manusia seadil-adilnya. Sebab? Saya tahu Allah Maha Adil.
Apa yang perlu kita buat adalah bersyukur dan bila ditimpa masalah atau kesusahan, lebih baik kita berdoa memohon pertolongan dari Allah daripada kita memohon pertolongan daripada Syaitan. Sebab setiap perkara yang tak baik kita buat akan dibalas tak kira di dunia atau di Akhirat nanti.
Saya mohon dijauhkan sifat macam ni dari diri saya sendiri. Dan mohon dijauhkan dari terkena diri sendiri. Sesungguh Allah Maha Mengasihani.
Wasalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.1
Sila Tekan Like Jika Suka
Ini semua angkara hati.. knplah agaknya hati manusia sehitam ini.. nampak sgt mereka ni tak bersyukur dgn apa yg Allah berikan.. Allah dah janjikan setiap org ada rezeki masing2.. yg penting hati mau baik.. tolong menolong insyaAllah Allah SWT akan limpah ruahkan lagi rezeki yg ada.. Ini dah dpt rezeki sygnya bertambah tamak.. berkatkah rezeki itu? Sekejap jela kemewahan yg mereka ada... bila dah jatuh terduduk baru tahu baru ingat Kuasa Allah itupun kalau sedar... kalau tak sedar??
ReplyDeletesepatutnya kita gembira,,tengok org lain berjaya jugak,,bukan nak menjatuhkan org lain!kan3x..!
ReplyDeletetu la..zmn2 cenggini pun ader lg org amalkn bende xelok nih...kan ker rezki msing2..aish...
ReplyDeletekalau sama bangsa pun nak berdengki segala, bila kita nak maju?
ReplyDeleteT_T
hidup akhir zaman.mmg byk masaalah..
ReplyDeletemasih lagi ade manusia berhati busyuk mcm tu ye....
ReplyDeletebukankah kita patut bersyukur dgn rezeki yg Allah berikan....
emmm..tu lah..
ReplyDeleterambut sama hitam tapi hati lain2..
jahat btol datuk tu..:)
itu lah yang terjadi dari dulu smpai sekarang .. harap dunia je yang makin maju ..
ReplyDeletehI nASEER! Anda di Tag disini:
ReplyDeletehttp://lassierose.blogspot.com/2011/11/korangaku-kene-tag-ler.html
selalu yg buat cam ni org Melayu kan,
ReplyDeleteorg ISlam
aihh..mcam mana nak maju, kalo asik nak jthkan org, nak majukan diri tak mo pulak
aihhhhh =.=
Walaupon dah zaman it mang ada org yg masih menggunakan bomoh dan perewang dlm mengatasi pesaingnya dlm perniagaan ni.
ReplyDeleteCitra sendiri diberitahu ibu citra yg membuka kedai makan dulu ada pelanggannya tanya knapa dah lama x bukak kedai walhal ibu citra x pernah tutup kedai.. pelanggan setia ibu bgtau yg mereka tgk kedai sentiasa tutup..
Nauzubillah... org2 itu sanggup buat apap sj agar mereka dapat tarik pelanggan ibu
yang pelik nye orang Melayu yg beragama Islam yg slalu buat..kn??
ReplyDeleteastaghfirullahalazim.. jgn lah dengki mendengki.. brsyukurla dngn apa yg ada..
ReplyDeletehuhuhu cukup la pengalaman kami kena..biarla Allah swt saje yang membalasnya.
ReplyDeleteErmmmmmm :(
ReplyDeleteAllah yang punya..
kekadang yang baik dengan kita pon boleh buat kita macam ni...yer dak??
ReplyDeleteguna sihir tu kretif ke?huhh..x leh terima la..mintak dijauhkan dri benda2 tu..
ReplyDelete