Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, November 6, 2011

ALVAS BIRTHDAY GIVEAWAY

 Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dijemput untuk menjoinkan diri dalam Birthday Giveaway Alvas. Menurut Alvas, birthdaynya jatuh pada 23hb November 2011 dan owner ambil keputusan untuk buat satu giveaway sempena Birthdaynya.

Owner minta buat entry ringkas je. Tapi, saya nak selitkan cerita merapu saya skit. Hehehe.  Silalah baca ye?

Amin dan Ahmad merupakan kawan karib sejak kecil lagi. Tapi, entahlah sejak minggu-minggu-minggu lepas, perangai mereka mengalahkan Anjing dengan Kucing. Asyik nak bergaduh je. Bukan bergaduh-gaduh manja tetapi bergaduh-gaduh terlebih manja. Macam gaduh terlebih manja tu, sila fikir sendiri ye?

Pada suatu hari, Amin ke kedai handphone untuk membeli handphone baru. Sesampai je di kedai handphone di pekan berdekatan dengan stesen bas express, Amin ternampak Ahmad sedang membelek-belek handphone adroid yang sangat mahal. Apa lagi, sifat busuk hati Amin pun terserlah di wajahnya. Lantas dia berlari-lari anak menuju ke handphone yang Ahmad sedang membelek-belek handphone android.

Amin : Ala... Kalau takde duit tu, tak payah la berangan nak pakai handphone mahal.

Ahmad yang sedang kusyuk membelek-belek handphone android tersebut terkejut siput sebab tak perasan Amin berada di sebelahnya. Setelah perasan terkejut siput Ahmad reda, Ahmad pun membalas perlian Amin.

Ahmad : Cakap orang lain tu, cerminkan diri sendiri dulu. Datang mesti nak repair handphone buruk yang selalu rosak tu.

Amin terdiam. Tapi, hati yang busuk tu memaksa Amin terus melawan.

Amin : Siapa kata aku takde duit. Aku ada banyak duit la.

Ahmad : Ye ke? buktikanlah.

Tiba-tiba,

Lelaki Misteri berkaca mata : Relaxlah. Jangan gaduh-gaduh.

Amin dan Ahmad kehairanan. Mereka tak kenal pun lelaki misteri berkaca mata tu. Lelaki tersebut mencapai beg berisi 2 handphone android termahal di kedai tersebut dan terus blah. Kemudian, dia toleh dan senyum kepada Amin dan Ahmad sambil melambaikan tangannya. Amin dan Ahmad secara spontannya membalas lambaian lelaki tersebut.

Kemudian,

Tauke Kedai : Encik, semuanya RM5,647.

Amin dan Ahmad terkejut.

Amin dan Ahmad : Bila masa plak kami beli handphone?

Tauke Kedai : Itu kawan baik encik berdua cakap, handphone yang dia beli tu encik yang bayar. Tadi saya tengok encik berdua bukan main mesra lagi dengan dia.

Amin : Kami tak kenal dia la.

Tauke Kedai : Encik jangan main-main. Bayar atau saya telefon polis?

Amin dan Ahmad terkedu dan ternganga. Mata mereka melilau melihat kelibat lelaki mister berkaca mata yang telah hilang entah ke mana/

Moral : Jangan angkuh sangat. Bersederhanalah.

Hasil repekan di atas adalah spontan keluar spontan dari otak saya. Saja tak nak entry ni kosong je. So, ada gak cerita merapu saya selitkan.

Tarikh tutup untuk Alvas Birthday Giveaway ni adalah 23hb November 2011.

p/s : Makan daging je la minggu ni saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. Salam Aidiladha,

    Saya pakai nokia je . pesen dulukala . hehe . Banyak dapat daging ke ?

    ReplyDelete
  2. wahhh rezeki nasz byk dpt daging ye??
    gud luck nasz for the giveAway :)




    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  3. ish2...banyak sungguh otak merapu awak bekerja yea..hihi

    ReplyDelete
  4. ayoooo
    cian deme
    x bersalah kene bayor ye
    hehehehe

    ReplyDelete