Sebuah kisah renungan yang saya rasa sangat bagus untuk dikongsikan.
Jom baca sampai habis.
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 2 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu sayamengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkanya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,siapa kita sebenarnya!
p/s : Kisah ni saya terima melalui email saya. Saya rasa kagum dengan pegangan hidup budak tu.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
menitis air mata baca...
ReplyDeletewahhh bagusnye budak tuh .. sush nk jmpa org mcm skrang nie .. moga2 ada lagi dkalangan kita manusia y sikapnya mcm tuh . :)
ReplyDeleteadoyai....mmg sgt menyentuh hati :(
ReplyDeletewaaaa....!!
ReplyDeletesedih2...
semoga murah rezeki keluarga mereka
Hype..
ReplyDeleteNice entry..
Even sy da bace story ni, tp sy still bace lg sbb story ni mmg best...
TQ
Salam;
ReplyDeleteYa..satu tamparan yang pedas bagi kita,bagaimana seorang budak susah boleh berfikir bergitu sedangkan kita tidak.sebenarnya org2 hidup miskin byk berfikir positif dari pada org2 kaya.
menarik lah cerita ni,,,minta di share boleh tak???
ReplyDeletewah..sungguh kagum..sedangkan orang yang lebih sihat dari budak tu pun kadang2 lebih suka mengemis...
ReplyDeletebagus didikan ibu bapa nya..
ReplyDeletebertuah ibubapa ada anak berprinsip spt itu..
yep kagum hee :) betuah mak dia dpt anak mcm dia ..
ReplyDeletekita pun sedih baca kisah nie.....
ReplyDeleteterasa mulia sungguh ibu budak tu....
biarpun hidup susah....
jgn kita hidup meminta2...
sesungguh nya rezeki itu hanya dari Allah....
mmg ramai manusia dah lupa diri.. Pengajaran yg baik dan bagus ni..
ReplyDeletewalau pun susah tp dia xmengahrap simpati orang. besar sungguh hatinye. seorang yang tabah. mesti ibubapanye juga berhati mulia.
ReplyDeletehebatkan budak ni..sebak juga kakak baca,alangkah seronoknya klau semua manusia bgitu,saling sayang menyayang,tolong menolong,baik budi pekerti,...
ReplyDeletemalu
ReplyDeletesyahdu sekali pengalaman ni.....
ReplyDeletemembayangkan abang nasz kita ni menepuk perut yang bulat....errrr macam lawak je
hahaha
kali ke berapa entah baca cerita ni.. tapi, setiap kali baca, ada rasa sedih dan bersyukur dalam hati..:)
ReplyDeletekagum dengan prinsip budak tuh n ibunya.bagus ibunya mendidiknya..
ReplyDeletejadikan pengajaran..
bagus mak nya ajar anak dye jd cm2
ReplyDeletesedih dan kagum
ReplyDelete