Petang tadi, saya singgah solat Asar di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang. Masa tu saya dengan adik lelaki saya je. Baru lepas selesai urusan di Bank. So, ingat lepas solat, nak belanja adik saya ni makan. Sebab dah merungut lapar.
Setiba saya di tempat wuduk luar, ternampak seorang pakcik terduduk. Saya pun tegurlah.
"Pakcik...Pakcik"
Pakcik tu angkat kepala. Tengok saya.
"Pakcik OK tak ni?"
Pakcik tu balas,
"Ok. Ok"
Saya tengok pakcik tu lemah je. Saya tanya lagi.
"Pakcik ada sakit apa-apa ke?"
Sekali lagi pakcik tu balas,
"Takde. Takde"
Pakcik tu cuba betulkan duduk dan bersandar ke dinding. Saya pun decide nak ke tandas sebelum berwuduk. Masa saya kembali ke ruang wuduk, saya nampak 2,3 budak tegur pakcik tu OK ke tak. Saya tengok badan pakcik tu makin lemah dan mata putih je kelihatan. Terus saya ajak dorang angkat pakcik tu dan kami angkat ke ruang lobi.
Masa tu, saya tanya gak mana AJK Masjid tapi langsung takde. Terkejut saya. Ada seorang jemaah ni telefon Ambulans. Masa tu saya tengok ramai jemaah lain datang membantu. So, saya decide untuk ambil wuduk dan terus ke dewan solat. Dalam doa saya, saya doakan keselamatan pakcik tu.
Tapi, lepas saya keluar dari dewan solat dan berjalan ke lobi , ternampak anak perempuan dan isteri pakcik tu sedang menangis di sisi pakcik tu. Ternampak van ambulans dah sampai. Pegawai perubatan tu mengesahkan pakcik tu telah meninggal dunia. Saya terkedu sebab saya adalah antara orang terakhir yang bercakap dengan pakcik tu.
Masa tu saya rasa nak pitam tapi saya tahan diri. Adik lelaki saya perasan badan saya bergoyang-goyang kemudian stabil balik. Rasa bersalah sebab tak ambil tindakan awal untuk bawa pakcik tu ke hospital secepat mungkin.
Menurut apa yang saya dengar, arwah pakcik dengan isteri bersama seorang anak kecil pergi ke Airport untuk menjemput anak perempuannya yang belajar di Sabah. Dorang datang dari Alor Setar.
Mungkin kejadian yang berlaku pada saya ini adalah petunjuk Allah dan ingatan Allah tentang kematian itu adalah pasti. Cuma cepat atau lambat je.
Saya harap korang sedekahkah Al Fatihah kepada arwah pakcik tu. Saya tak kenal tapi saya doakan arwah pakcik ini ditempatkan dalam golongan soleh.
Al Fatihah.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
al fatihah..
ReplyDeletesemoga roh nya di cucuri rahmat..
mesti rasa sentap gila.
ReplyDelete:|
alfatihah,
ReplyDeletemoga arwah ditempatkan kalangan yg beriman..insyaallah..
semoga rohnya aman disisiNYA..
ReplyDeleteal fatihah buat beliau...
ReplyDeletesemoga ALLAH merahmati rohnya dan ditempatkan di syurga...amin...
al fatihah...
ReplyDeleteitu la.. kalau dh sampai malaikat maut tu kt kita,, kita tak boleh nak tolak dah
al- fatihah.. ye, kematian tu memg tk bleh kita jangka..
ReplyDeleteal fatihah buat pakcikt tersebut...
ReplyDeletebetul tu, ajal maut Allah yang tentukan... :)
alfatihah......
ReplyDeleteSemoga pakchik tu tenang di sisi-Nya .... amin
alFatihah
ReplyDeleteJust to say, Salam Aidiladha to abang Nasz! :D
ReplyDeleteal-fatihah...kisah yg amat bgs utk kita kongsi bersama..hope membawa keinsafan dlm diri msg2 n dekat pdNYA
ReplyDeleteal-fatihah buat pakcik tu..
ReplyDeletesesungguhnya MATI itu pasti..
jiran nasz,
ana