Semua suka pernah naik bas express kan? Kalau korang kena situasi macam kat bawah ni, apa korang rasa?
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas,
"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya,
"Sudah sampai Ipoh belom?"
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab,
"Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata,
"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh. Tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar. Si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang,
"Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana ni? PerlukaH kita hantar semula anak ini?"
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.
Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.
"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu
Si anak bangun dan berkata,
"Oh sudah sampai ya!"
Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan.
"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
p/s : Korang rasa camne kalau kena camni? Hehehe. Dulu selalu naik bas express balik Penang sebab dulu belajar kat Perak. Hehehe.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
la kesiannye budak tu :( ana dulu masa study kt usm, pernah kehabisan bas express nak balik ke ipoh, pstu terpaksala naik bas yg nk p KL pstu mintak driver tu turunkan kat RnR tapah..tp spnjg jln mmg x tidola sbb takot kes terlajak cmni la =P
ReplyDeletejiran nasz,
ana
hahahahaha, buang masa je kan. tak memasal je
ReplyDeletedah pernah dgr cerita ni tapi still kelakar..huuhuk
ReplyDeletehehehehehe....
ReplyDeletemsti driver tu angin 1 badan..
lawak la.. :D
grrr, slalu naik bus ekspress, lau jadi camni, paksa jugak budak tu turun kat Ipoh.hahaha
ReplyDelete:P
nak kena la budak tu kan..tapi dia budak lg..mak dia la bg info salah..
ReplyDeleteteman pon dah biasa naik bas express sebab pernah belajar di nibong tebal & arau
ReplyDeletecerita ni ayah saya ada cerita masa saya darjah dua dulu,,,ingat lagi :)
ReplyDeletepergh, mesti panass je smua. haha :D
ReplyDeletetapi dorang salah gak, sebab lupakan dia.
ya Allah.. tak dapat bayangkan perasaan pemandu bas dgn penumpang yang lain.. dorang da rasa bersalah da.. last2, budak tu nak makan nasi je bila da sampai ipoh.. aduii.. frust2.. hehe
ReplyDeletehaha..boleh pulak..sia-sia je pegi ipoh balik..
ReplyDeletebudak2 memang suka tanya dan ingat apa yg dipesan sebab otak budak masih 'fresh' macam anak akak kalau janji ari ni kalau x ditunai akan dituntut sampai naik bengang telinga nak dengar dia ulang dan ulang dan ulang.. oh anaaaakkk...
ReplyDeletekikikiki..comel je budak tuh..hihihihi
ReplyDeletealamak,tiba2 rindu kampung ku perak lak..
haha..x bole klaka lg :p
ReplyDeletehahah.. memang terbaik la... adoi... tu la x nak tanya betul2 budak tu nak kemana.. huhuhu
ReplyDelete