Nak share satu artikel yang agak lama dah wujud. Macam mana saya tahu? Sebab saya baca artikel ni masa saya sekolah menengah lagi.
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah
Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !
Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.
p/s : Walaupun kita sedar perkara tu salah, tapi kenapa kita masih buat juga?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
manusia memang selalu alpa dan lupa... kite sebagai sahabat, harus mengingatkan antara 1 sama lain...
ReplyDeletesebab tu kita kena lawan godaan syaitan,,tp selalunya,,terpedaya jugak kan..
ReplyDeletekite selalu terpengaruh dngn hasutan syaitan.. smoga iman kite tidak goyah
ReplyDeletesyaitan ni rupanya bermacam..ada yang bertopengkan manusia
ReplyDeleteterima kasih,sedikit sebanyak ada gak kesan pada kita..alorhh abg nasz tak yang untuk share kat fb ek?
ReplyDeletejanganla mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan...x d nafikan hasutan syaitan lgi seronok tp sebgai manusi cbe hindarinye....
ReplyDeleteiman ta kuat sbb 2 mudah terpengaruh.. huu
ReplyDeleteBiasa lah....kita ni mudah terpengaruh..=)
ReplyDeletesuka dgn entri ni,tq..
ReplyDeleteperkara pertama yg perlu kita lakukan adalah dengan m'dekatkan diri kepada Allah untuk menguatkan lagi iman kita.bial iman dah cukup kuat,insyaAllah bisikan syaitan tu tak akan memberi kesan kepada kita..wallahu'alam :)
ReplyDelete