Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, November 2, 2011

SANTAI MINDA : "KERANA 50 SEN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Nak kongsi satu kisah santai minda yang ada nasihat. Teruskan baca ye?


Pada suatu Hari Jumaat yang hening Amin naik bas ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Amin memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amin dah pun makan tengah hari di rumah.


Perjalanan ke masjid adalah lebih kurang 10 km jauhnya. Amin pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang hensem itu. Lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.


Amin pun ambil duit tu dan simpan dalam kocek baju melayunya. Sesampainya di masjid, Amin pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan Solat Jumaat berjemaah itu. 


Amin pon menunaikan solat berjemaah itu. Semasa para jemaaah sujud termasuk Amin sekali, tiba2 duit 50 sennya jatuh dan tergolek betul-betul di bawah telapak tangan orang dihadapannya. Risau bila fikir nak jalan kaki balik rumah dalam panas terik, Amin pun berbisik kepada orang dihadapannya.


Amin : Jangan ambil duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.


Lalu orang itupun menjawab,


Si A : Alah,setakat 50 sen aku x hairan la,takde sape nak ambik duit kau tu.


Lalu orang di sebelah Amin pula yang terkejut kerana Amin bercakap di dalam solat pun berkata,


Si B : Eh, korang ni dalam solat mana boleh bercakap.


Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara,


Si C : Yang kau bercakap tu apa?


Sahlah solat mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. 


MORALNYA : Jangan bercakap dalam solat. Lupakan hal-hal dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa.


p/s : Kita masih megingatkan dunia bila kita mengadap Allah. Ingatan untuk diri saya sendiri juga.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

27 comments:

  1. btol3..setuju sgt

    jalan cerita agak menarik & kelaka gila..hihi

    ReplyDelete
  2. betul la tuh..susah kan nak kusyuk dalam solat..tapi kita sbg hambanYa..cuba buat la yg termampu..biar la Dia yg menilai kita..kalo difikirkan bila betul2 nak kusyuk..xsolat la jawabnya..ha3..kalo macam citer td..mang sah2 dah kusyuk doble troble..hua3..salam ziarah :)

    ReplyDelete
  3. haaha teringat zaman budak nakal jahiliah dolu2...:)

    ReplyDelete
  4. last2 semua bercakap..nak tegur orang tapi....huhu

    ReplyDelete
  5. hihihi..perkara remeh boleh buat terbatalnya solat..terus teringat masa ajar student solat..tahu2 je la karenah kanak2,sorang salah buat,kawan sebelah tolong betulkan..hihihi..

    ReplyDelete
  6. hhehe..teringat plak kt cikgu yg citer mnda nie

    ReplyDelete
  7. hhehe..teringat plak kt cikgu yg citer mnda nie

    ReplyDelete
  8. susah nak capai khusyuk dlm sembahyang ni.... masih berusaha......

    ReplyDelete
  9. hahahhaa...tapikan nasz, itulah lazimnya, susahnya nak khusuk dalam solat, Astagfirullah Al'azim

    ReplyDelete
  10. haha..nampak sgt smyg dah takleh kusyuk sebab 50 sen..

    ReplyDelete
  11. dalam solat pun kadang2 macam2 dalam kepala..tak kusyuk! hehe..pernah juga dengar cerita ni cuma versi lain skit.

    ReplyDelete
  12. tu la kalau hati tak bawak bersama dalam solat...

    ReplyDelete
  13. huhu ...batal la smayam tu ...

    ltk duit tu bwh sejadah dulu lenkali..hehe

    ReplyDelete
  14. nasib baik tok imam tu tak bercakap.....

    ReplyDelete
  15. semuanya batal dalam solat....he3

    ReplyDelete
  16. ayah saya pernah cerita benda ni,,tapi jalan cerita style org tua tua la,,

    ReplyDelete
  17. anda di tag sini. Harap sudi
    http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2011/11/game-gossip-retis.html

    ReplyDelete
  18. yup...be4 pray kena bt persediaan..klo rs nk kencing kena kencing dulu...klo lapar kena mkn dulu...baru ade kekusyukkan dlm solat....cm cth syiling td...simpan syiling dlm beg...pastikan sume dlm keadaan sedia..baru solat...baru hati akan tenang

    ReplyDelete
  19. Hype..
    Nice story..
    Esok aku pi smyg jumaat kalo teringt cter ni, habis lahh..
    Hehe

    ReplyDelete