Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

BARISAN PERWIRA YANG TERKORBAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Seperti yang korang sememang dah tahu, di atas adalah perwira-perwira yang telah gugur untuk mempertahankan tanah air kita. Maklumat lanjut berkenaan perwira-perwira adalah seperti berikut :

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.


Salah seorang bapa perwira merupakan kenalan isteri saya semasa bekerja di Cosmopoint Klang dulu. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada perwira-perwira yang beragama Islam ini. 

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 4, 2011

"MATI ITU PASTI...INGATLAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Petang tadi, saya singgah solat Asar di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang. Masa tu saya dengan adik lelaki saya je. Baru lepas selesai urusan di Bank. So, ingat lepas solat, nak belanja adik saya ni makan. Sebab dah merungut lapar.

Setiba saya di tempat wuduk luar, ternampak seorang pakcik terduduk. Saya pun tegurlah.

"Pakcik...Pakcik"

Pakcik tu angkat kepala. Tengok saya.

"Pakcik OK tak ni?"

Pakcik tu balas,

"Ok. Ok"

Saya tengok pakcik tu lemah je. Saya tanya lagi.

"Pakcik ada sakit apa-apa ke?"

Sekali lagi pakcik tu balas,

"Takde. Takde"

Pakcik tu cuba betulkan duduk dan bersandar ke dinding. Saya pun decide nak ke tandas sebelum berwuduk. Masa saya kembali ke ruang wuduk, saya nampak 2,3 budak tegur pakcik tu OK ke tak. Saya tengok badan pakcik tu makin lemah dan mata putih je kelihatan. Terus saya ajak dorang angkat pakcik tu dan kami angkat ke ruang lobi.

Masa tu, saya tanya gak mana AJK Masjid tapi langsung takde. Terkejut saya. Ada seorang jemaah ni telefon Ambulans. Masa tu saya tengok ramai jemaah lain datang membantu. So, saya decide untuk ambil wuduk dan terus ke dewan solat. Dalam doa saya, saya doakan keselamatan pakcik tu.

Tapi, lepas saya keluar dari dewan solat dan berjalan ke lobi , ternampak anak perempuan dan isteri pakcik tu sedang menangis di sisi pakcik tu. Ternampak van ambulans dah sampai. Pegawai perubatan tu mengesahkan pakcik tu telah meninggal dunia. Saya terkedu sebab saya adalah antara orang terakhir yang bercakap dengan pakcik tu.

Masa tu saya rasa nak pitam tapi saya tahan diri. Adik lelaki saya perasan badan saya bergoyang-goyang kemudian stabil balik. Rasa bersalah sebab tak ambil tindakan awal untuk bawa pakcik tu ke hospital secepat mungkin.

Menurut apa yang saya dengar, arwah pakcik dengan isteri bersama seorang anak kecil pergi ke Airport untuk menjemput anak perempuannya yang belajar di Sabah. Dorang datang dari Alor Setar.

Mungkin kejadian yang berlaku pada saya ini adalah petunjuk Allah dan ingatan Allah tentang kematian itu adalah pasti. Cuma cepat atau lambat je.

Saya harap korang sedekahkah Al Fatihah kepada arwah pakcik tu. Saya tak kenal tapi saya doakan arwah pakcik ini ditempatkan dalam golongan soleh.

Al Fatihah.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

"BILA CAKAP PERANGAI MACAM KAMPUNG ... MARAH"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dah tempik pun still main mercun lagi. Memang perangai betul-betul "kampung". Tak faham bahasa. Saya cuma tunggu masa je salah seorang tu putus jari ke, tangan ke. Kalau mati, lagi senang sebab saya boleh daftarkan kematian dia. Kerja saya mendaftaran kelahiran dan kematian.

Ini la orang kampung. Bila cakap perangai macam "kampung", marah. Saya pun orang kampung k? Saya tahu camne nak hormati orang lain. Sekurang-kurangnya saya tak ganggu keamanan orang lain pun. Saya tak mengumpat macam makcik-makcik yang banyak masa untuk duduk bersembang dari awal pagi sampai tengah malam mengata orang. Orang itu yang salah. Orang ini yang salah. Sebelum nak mengata tu, tengok anak sendiri dan keluarga sendiri dulu. Tengok-tengok, anak sendiri kena tangkap basah. Pernah berlaku dan saya dengar.

Tapi saya punya stail tak nak ambil port sangat. Saya anggap orang kampung sekarang tak lah berfikiran  "kekampungan" sangat. Tapi, lain plak jadinya sekarang. Tengok je berita kat TV, si polan ni terbakar muka, terputus jari dan terbakar rumah sebab main mercun. Tapi still main gak. Nak kena kat batang hidung sendiri baru nak sedar kot? 

Saya tak kisah kalau main bunga api or mercun di tempat yang takde rumah orang. Kat padang pun boleh main tapi main dekat rumah orang menganggu orang nak berehat. Itulah pemikiran "kampung" sangat. 

Tengah tunggu dorang terkena kat muka or putus jari. Sabar pun dah sampai limit ni. 

Sori. Cuma luahan perasaan bengang. Saya pun asal orang kampung gak. Saya sentiasa sedar kat mana asal saya. Cuma bengang bila orang kampung yang masih berfikiran "kekampungan" lagi. Tak pernah fikir orang lain selain diri sendiri. 

Sesiapa yang terasa, saya minta maaf. Tiada niat untuk melukai hati sesiapapun. Saya sayangkan Heliza Helmi saya.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka