Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Korang perasan tak bila kita nak buat sesuatu, kalau minda kata tak mungkin, benda tu jadi tak mungkin?
Pada pandangan saya, apa yang minda kita fikir tentang kita, maka apa yang minda kita fikir itulah yang akan terjadi kepada kita.
Contohnya, sejak dari kecil lagi kita fikir kita bodoh, maka kita akan jadi bodoh. Minda kita ada potensi yang sangat besar dalam kehidupan kita.
Sebab itu lah kita digalakkan berfikiran positif. Kalau kita sentiasa berfikiran negatif, maka negatiflah kehidupan kita. Kadang-kadang fikiran negatif ni boleh membawa kesakitan seperti sakit kepala, tak ada selera makan dan macam-macam lagi.
Kalau korang baca buku-buku motivasi, kebanyakkan bab pertamanya berkaitan dengan cara kita berfikir. Itu setakat buku yang pernah saya baca. Semua mencadangkan perkara yang sama. Kalau minda kita tidak berminat untuk buat sesuatu seperti Buat Duit Online, maka apa yang kita buat akan gagal.
Oleh itu, untuk buat sesuatu, setkan minda kita dan percaya yang apa kita buat akan berhasil. Pada masa yang sama, jangan buat kerja separuh jalan. Kena berusaha secara berterusan. Orang-orang yang pernah berjaya sebelum ini pun bukan berjaya dalam sekali cuba tetapi melalui berkali-kali kegagalan.
Jangan takut gagal sebab kegagalan itu yang paling berharga.
Selamat berjaya rakan-rakan blogger dalam dunia maya ini. Sama-sama kita berusaha mengubah minda kita ke arah yang lebih positif dan gembira.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
