Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label harga minyak. Show all posts
Showing posts with label harga minyak. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

RON 97 TURUN 10 SEN


Salam sejahtera rakan-rakan blogger.

Bermula Tengah Malam ini, harga petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 10 sen.  Kerajaan menurunkan harga petrol RON97 disebabkan harga minyak dunia berada di tahap stabil.

Oklah tu.  10 sen pun kalau dikumpul banyak-banyak boleh jadi beribu-riban.

Harga RON95 tidak berubah.  Hanya harga RON97 saja yang turun.

Harap harga petrol dapat dikawal untuk mengelakkan membebankan rakyat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 7, 2011

HARGA MINYAK DUNIA LEBIH AS$100 SETONG

Gambar di atas diambil dari Berita Harian Online

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Pagi tadi saya terbaca dalam surat khabar Berita Harian di ruangan Ekonomi berkenaan Harga Minyak Dunia dah melebihi AS$100 setong.  Peningkatan ini disebabkan beberapa faktor.  Faktor utama yang dikatakan dalam laporan Berita Harian adalah disebabkan permintaan "emas hitam" makin meningkat.  

Faktor lain adalah Nilai Matawang Dolar AS yang semakin lemah juga menjadi punca pendorong kenaikan itu.  Nilai Dolar AS berbanding Ringgit Malaysia juga telah merosot ke RM3.00 sahaja.

Faktor yang lain lagi adalah ketegangan politik di Asia Barat dan Afrika Utara juga menyumbang kepada peningkatan harga minyak dunia.

Sebelum ini Kerajaan tak naikkan harga minyak dan menyatakan sekiranya harga minyak dunia mencecah AS$100 setong, Kerajaan mungkin akan menyemak semula pemberian subsidi minyak kepada rakyat.

Kita lihat apa tindakan Kerajaan berkenaan kenaikan harga minyak dunia ini.

Kalau korang baca laporan penuh di Berita Harian Online, Klik SINI.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 17, 2011

KERAJAAN MINTA RAKYAT BERSEDIA...SUBSIDI RON95 AKAN DISEMAK BULAN DEPAN!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sebelum ni harga minyak RON97 sentiasa naik untuk menampung kenaikan harga minyak dunia.  Kemudian, beberapa minggu lepas kita dikejutkan pula dengan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 dan Subsidi Gula mungkin akan ditarik awal tahun depan.  Saya tulis satu post berkenaan perkara ini.  Korang boleh baca kat SINI.

Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berkenaan dengan Subsidi RON95 yang akan disemak bulan depan.  Kemungkinan untuk harga RON95 naik memang ada dan yang pasti untuk turun memang tak ada. Haha..ini apa yang saya sentiasa lihat berlaku.

Tapi apabila harga minyak RON95 ini naik, maka yang pasti, harga barang-barang lain akan naik.  Para peniaga terpaksa menanggung kos pengangkutan yang akan meningkat.  Itu statement yang selalu keluar.

Harap Kerajaan dapat mempertimbangkan kadar kemampuan rakyat sebelum ambil keputusan untuk naikkan harga minyak RON95 (kalau Kerajaan ambil keputusan naikkan harga minyak RON95).

Ini pendapat saya, kalau rakan-rakan blogger lain ada pendapat lain, boleh drop kat ruangan komen kat bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka