Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label gembira. Show all posts
Showing posts with label gembira. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

"ARGH...EMOSI BETUL LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang ada emosi? Siapa tak ada emosi sila angkat kaki. Hehehe. Saya yakin semua orang ada emosi. Kalau tak ada emosi tu, saya tak tahu nak kategorikan manusia yang macam mana. Korang tolong kategorikan la ek?

Saya nak tanya korang, bila korang tengah boleh ke korang entry gembira? Ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Yang boleh, bagi dah biasa baca blog orang tu akan perasan tiada "nyawa" dalam penulisannya. Kan?

Bagi saya, emosi mempengaruhi hasil penulisan kita. Ini untuk korang yang tulis blog sendiri ye? Yang jenis copy bulat-bulat tanpa tulis apa-apa, itu tak kira. Saya kalau tengah sedih, saya tulis entry sedih yang boleh kongsi dengan korang. Gembira pun macam tu juga. Korang ken tulis untuk orang yang baca pun terasa sedih gak. Hehehe. Pandai-pandai kan saya ni.

Point utamanya kat sini, saya nak tekankan yang emosi akan sedikit sebanyak mempengaruhi hasil penulisan korang. Sebab itulah entry korang seperti "bernyawa" sebab korang emosi korang dalamnya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 23, 2011

KAWAN UNTUK HUHAHUHA MEMANG BANYAK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Apa yang tengok selama saya hidup, kawan untuk bergelak dan bertepuk tampar memang banyak. Tapi bila kita sedih dan susah, tak ramai plak kawan. Mana pergi semua kawan yang ramai masa nak bergembira dan bertepuk tampar tu? Dorang busy buat hal masing-masing.

Itu di belah dorang. Kita kata dorang jenis tak ingat kawan bila kawan dorang susah. Tapi kita kena tanya diri sendiri. Kita buat ke apa yang kita cakap dorang tak buat? Masa kawan kita susah dan sedih, kita di mana? Kita harapkan dorang ada di sisi kita bila kita sedih dan susah. Tapi di mana kita masa dorang sedih dan susah?

Korang jawab sendiri ye? Cuma ingatan di pagi hari yang nyaman ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 2, 2011

JALAN~JALAN DI SUNGAI PETANI...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya tido je. Huhu... Masa ambil emak saya balik kerja, emak saya ajak pergi Sungai petani, Kedah. Saya tak kisah pun. Saya drive je. Huhu...

Gambar kat atas tu masa kami kat Kedai Kain A'lamoda. Emak saya nak cari langsir untuk raya nanti. Tapi mahal sangat kata emak saya. Saya tak tau sangat pasal kain langsir ni. Huhu...

Pastu saya drive ke pekan Sungai Petani dan ternampak Nagoya Tekstil. So, saya terus parking dekat dengan Nagoya Tekstil. Emak saya seronok sangat. Huhu... Dapat la beli kain langsir yang murah-murah. Seronok saya tengok emak saya gembira.

Lepas tu, saya bawa emak saya ke rumah mak saudara saya di Sungai Jagung. Sekarang emak tengah sembang dengan mak saudara saya. Bila tengok wajah mak saya yang gembira, hati saya lapang.

Korang pun suka tengok korang gembira kan? Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 23, 2011

MINDA ... TEMPAT SETIAP PERKARA YANG KITA NAK BUAT BERMULA...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Korang perasan tak bila kita nak buat sesuatu, kalau minda kata tak mungkin, benda tu jadi tak mungkin?

Pada pandangan saya, apa yang minda kita fikir tentang kita, maka apa yang minda kita fikir itulah yang akan terjadi kepada kita.

Contohnya, sejak dari kecil lagi kita fikir kita bodoh, maka kita akan jadi bodoh.  Minda kita ada potensi yang sangat besar dalam kehidupan kita.

Sebab itu lah kita digalakkan berfikiran positif.  Kalau kita sentiasa berfikiran negatif, maka negatiflah kehidupan kita.  Kadang-kadang fikiran negatif ni boleh membawa kesakitan seperti sakit kepala, tak ada selera makan dan macam-macam lagi.

Kalau korang baca buku-buku motivasi, kebanyakkan bab pertamanya berkaitan dengan cara kita berfikir.  Itu setakat buku yang pernah saya baca.  Semua mencadangkan perkara yang sama.  Kalau minda kita tidak berminat untuk buat sesuatu seperti Buat Duit Online, maka apa yang kita buat akan gagal.

Oleh itu, untuk buat sesuatu, setkan minda kita dan percaya yang apa kita buat akan berhasil.  Pada masa yang sama, jangan buat kerja separuh jalan.  Kena berusaha secara berterusan.  Orang-orang yang pernah berjaya sebelum ini pun bukan berjaya dalam sekali cuba tetapi melalui berkali-kali kegagalan.

Jangan takut gagal sebab kegagalan itu yang paling berharga.

Selamat berjaya rakan-rakan blogger dalam dunia maya ini.  Sama-sama kita berusaha mengubah minda kita ke arah yang lebih positif dan gembira.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka