Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label pengalaman seram. Show all posts
Showing posts with label pengalaman seram. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

KEPUTUSAN SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kali ini saya nak updated keputusan Segmen pertama saya iaitu "Jom Kongsi Pengalaman Seram" yang saya buka untuk sebulan dari 6hb Mei 2011 hingga 6hb Jun 2011.  Terima kasih kepada yang join.  Walaupun sambutan tak berapa memberansangkan tapi saya tetap gembira sebab ada gak yang sudi join.

Di sini saya ingin memohon maaf sebab agak lambat mengumumkan blogger-blogger yang join segmen saya ini disebabkan kekangan kerja kat ofis yang agak bertimbun.  Huhu.. Anyway, terima kasih saya ucapkan kepada blogge-blogger yang sudi join.  Kalau korang nak baca kisah mereka, sila klik link di bawah ye?

1. Cerita seram dariku.. (seram tak?).... betul-betul seram
Daripada : Azman Jaafar

2. PEREMPUAN MISTERI
Daripada : Princess SchaBieber

3. DAUS... DAUS... DAUS...
Daripada : Mohamad Firdaus

Walaupun hanya 3 orang je yang join tapi kisah benar yang dikongsi mereka memang menarik.  Terbaek!!!


Jemput ramai baca dah komen pengalaman dorang k?


Wassalam.


-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 6, 2011

SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya nak mengumumkan Segmen pertama saya iaitu "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM".

Setiap orang mesti ada pengalaman seram kan? Saya suka baca cerita-cerita seram.  Antara buku yang saya baca ialah True Singapore Ghost Story.

Syarat-syarat nak join segmen ini ialah:

1. Copy dan Paste picture kat atas dan letakkan kat post dan side bar blog korang berserta link ke post ini.

2. Setiap pengalaman mesti ada tajuk dan mesti ditulis dalam Bahasa Melayu.  Panjang pengalaman tak kisah sebab saya pentingkan isi pengalaman je.

3. Kemudian, pastekan link post entry korang ke ruangan komen post ni.

4. Kalau sudi, follow saya ek? huhu... Tiada paksaan.  Tapi digalakkan follow untuk tahu perkembangan blog ni.

5. Tag seorang atau lebih pun takpe dan pastikan dia atau dorang tahu korang tag dia atau dorang

Segmen ini saya buka dari 6hb Mei 2011 sampai 6hb Jun 2011 jam 11.59 tengah malam.

Setiap pengalaman yang korang kongsikan, saya akan kumpulkan dan jadikan satu eBOOK.  Dalam ebook tu saya akan letakkan:

1. Nama Korang (Nama Pendek pun takpe)

2. Umur Korang (Kalau korang tak nak, takpe)

3. Link blog korang (ini wajib!!!)

4. Lokasi korang (contohnya Shah Alam, Selangor)

Oleh itu, selepas korang tulis pengalaman korang, korang jangan lupa letakkan maklumat di atas ye?

Ebook ni saya akan berikan pada semua blogger secara percuma.  Korang boleh bagi pada kawan-kawan korang.  Disebabkan link korang ada dalam ebook tu, so, secara tidak langsung korang dapat promote blog korang. Kan?...Huhu...

So, korang jangan tunggu lagi.  Join la.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka