Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, May 14, 2011

SUBSIDI GULA MUNGKIN DITARIK SEMULA OLEH KERAJAAN...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tadi masa menonton Berita di TV3, berita berkenaan Subsidi gula mungkin akan ditarik semula oleh Kerajaan pada awal tahun hadapan selepas perjanjian dengan pengeluar gula yang ditandatangani tamat.

Oleh itu, harga gula mungkin akan meningkat ke paras maksimum dan mengikut harga pasaran.

Penarikan subsidi ni ada baik dan buruknya.  Yang baik adalah dapat kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan makanan harian. Oleh itu, penyakit pun akan kurang dan rakyat akan menjadi sihat.

Yang buruknya adalah akan ada effect ke atas semua minuman dan makanan yang mengandungi gula. Dan yang pasti, walaupun harga minuman dan makanan naik, kandungan gula dalam makanan dan minuman tersebut tetap akan dikurangkan.

Pada pendapat saya, Kerajaan perlu mengurangkan subsidi secara berperingkat.  Tak boleh secara mendadak sebab akan ada effectnya nanti.

Ini cuma pendapat saya je.  Kalau kawan-kawan blogger lain ada pendapat, kongsilah kat ruangan komen kat bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. kerajaan nak kurangkan gula kot.. tu sebab r.. huu

    ReplyDelete
  2. saya setuju.. subsidi harus dikurangkan secara berperingkat... tapi peniaga di Malaysia ni teruk la...cuba tgk di Thailand..walaupun gula tiada subsidi tetapi boleh dikatakan harga makanan dan minuman masih lagi murah disana...kenapa?...

    ReplyDelete
  3. gula merbahayakan kesihatan jika byk diambil..pesakit kencing manis makin bertambah setiap hari..elok juga kot..dapat kurangkan penggunaan gula dlm makanan n minuman...

    ReplyDelete