Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, March 6, 2011

DIHORMATI ATAU DITAKUTI? MANA SATU LEBIH BAIK...


Salam hari minggu kawan-kawan.  Hari ni aku sebenarnya terasa malas nak post sebarang entry terbaru tapi aku tetap memaksakan diri gak.  Rasa tak syok plak kalau tak update blog aku yang tak seberapa ni.  huhu...

Pada hari minggu ni, aku saja nak cite tentang perkara yang simple je. Dihormati atau ditakuti.  Sesetengah orang suka orang menghormati dia dalam pelbagai urusan macam ketua bahagian, CEO dan lain-lain.  Tapi ada gak sesetengah orang yang suka orang lain takut pada dorang sebab dorang rasa macam berkuasa.  Macam-macam ragam orang kita sebenarnya.

Tapi, bagi aku, aku lebih suka saling hormat menghormati sebab hormat ni dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama manusia.  Lagipun, aku bekerja dengan manusia dan bukan mesin.  So, orang yang hormat pada kita senang nak bagitau masalah dorang dan tak kisah kerja lebih sebab dia rasa dihormati.


Kalau aku ditakuti, semua orang akan jauhi aku.  Semua orang akan mengata macam-macam kat belakang aku.  Korang rasa itu petanda yang sihat tak?  Sampai masa, dorang kumpul ramai-ramai kasi bunuh sama aku.  Dan tanam mayat aku kat mana-mana.  Tak ke naya.

Bagi aku, ditakuti lebih sinonim dengan dibenci.  betul tak? Dibenci, orang tak nak dekat dengan kita.  Dibenci, orang tak selesa bila berada berdekatan dengan kita.

Cuba korang fikir balik.  Apa yang korang pilih? Dihormati ... atau ... Ditakuti ?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, March 5, 2011

DUA KERJA?!


Hari ni nak ngomel skit pasal orang yang ada dua kerja.  Satu kerja hakiki dan satu lagi kerja part time untuk tambah duit poket.

Relevan lagi ke?

Pada pendapat aku la, kalau orang tu masih bujang atau belum lagi berkahwin atau tak ada awek, memang sangat sesuai untuk buat dua kerja.  Nak tau kenapa? sebab dorang tak buang masa buat benda-benda yang tak mendatangkan duit.  Baik cari duit lebih kan? Hehe...

Bagi orang yang dah berkahwin ni, agak susah la skit nak buat kerja part time sebab ada komitmen pada isteri dan anak.  Itu tak masuk lagi mak ayah dan mertua.  Banyak masa dorang dihabiskan dengan kerja hakiki dan keluarga.  So,  mana ada masa untuk kerja part time.


Aku pernah menggilakan diri aku dengan buat dua kerja.  Siang dari pukul 7 pagi sampai 5 petang, aku kerja Contact Centre Telekom (Suatu ketika dulu la, sekarang dah keje gomen). Pastu dari pukul 6 petang sampai 3-4 pagi, aku sambung kerja part time kat GSC (Golden Screen Cinemas).  Penat tu memang penat tapi masa tu aku mana ada awek nak.  Lagipun dulu memang aku workaholic (Gila Kerja).  Hari raya pun aku kerja tau?

Tapi sekarang ni tak boleh dah buat dua kerja.  Sebabnya tempat kerja aku di kawasan yang agak terpencil dan ada la KFC berdekatan tapi jaraknya lebih kurang 30 km.  Tak berbaloi aku nak buat kerja part time kat situ.

Sekarang ni dengan adanya netbook HP sayang aku ni dan internet connection kat rumah, boleh la aku buat update blog aku selalu.  Huhu....

Korang plak macam mana? Ada pendapat?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 4, 2011

PENANTIAN HAMPIR 2 BULAN DAH BERAKHIR!!

Salam sejahtera semua kawan-kawan.

Penantian aku selama hampir 2 bulan dah pun berakhir.  Tentu korang tertanya kan ape la si nasz ni dinantikan?  Jawapannya netbook HP baru aku la.  Korang mesti fikir apa la, pasal netbook je ke? Buang masa betul la.  Kemudian, aku akan cakap "TUNGGU!"


Ceritanya begini:

Pada Bulan Oktober 2010, aku telah ke TM Point Teluk Intan untuk memohon Perkhidmatan Streamyx yang disertakan dengan netbook HP.  Selepas seminggu lebih kurang, pihak TM menelefon aku mengatakan alamat yang dimasukkan ke dalam sistem mereka adalah tersilap.  Oleh itu, dorang pun cancel order aku dan masukkan order baru dengan alamat yang betul.  Alamat yang silap tu  bukan salah aku k? Dorang salah key in.  Tunggu la aku lagi 2 minggu sebelum kontraktor datang ke rumah aku untuk pasang talian telefon dulu.  Lepas talian telefon  dipasang, aku dimaklumkan oleh kontraktor tu yang modem wireless akan dihantar ke pasang dalam masa 14 hari.  Selepas 14 hari, modem wireless dan streamyx belum lagi dipasang.  Aku terus call 100 untuk tanyakan status streamyx aku.  Yang memeranjatkan aku, permohonan streamyx TIADA.  Oleh itu, dorang janji akan hantar email ke TM Point Teluk Intan untuk daftarkan streamyx aku.  Sebulan lebih aku asyik call 100 untuk tanya status streamyx aku tapi jawapan yang aku dapat ... "sedang diproses".

Aku terus la pergi balik TM Point Teluk Intan dan kemukakan masalah aku ni.  Kelam kabut dorang masukkan permohonan dalam sistem.  Selepas tu, pada 22hb Disember 2010, datanglah orang untuk pasang modem TM.

Lepas siap je pemasangan, terus aku tanya bila netbook HP aku akan sampai.  Dorang cakap dalam masa 14 hari.  So, aku tunggu la 14 hari.  Tak ada apa-apa respon.  Aku terus call 100.  Jawapan dorang "Kami akan bantu encik dengan hantar laporan ke bahagian processing kami dan minta cepatkan penghantaran order ke pihak HP".  Aku telefon pihak HP, dorang belum lagi terima apa-apa order untuk netbook.  Banyak kali gak la aku call 100 tapi tak ada apa-apa perubahan pun.  Terus aku ke TM Point untuk kali ke tiga, staf TM Point tu suruh aku balik dulu.  Dia akan terus contact orang yang incharge untuk penghantaran Netbook HP ni tapi hampir  3 minggu tak call pun.  Aku still telefon HP dan 100 tanya status Netbook HP aku.  Macam biasa la "dalam proses".  Untuk kali keempatnya, aku ke TM Point Teluk Intan dan jumpa staf yang duduk kat sebelah staf yang janji akan contact aku.  Dia tak pandang aku langsung.  Bersirap gak la aku tapi tak apa.  Aku sabar.  Aku bagitau staf tu yang Netbook HP aku tak sampai-sampai lagi.  Dah dekat sebulan lebih.  Kelam kabut dia dapatkan maklumat dan email ke bahagian processing.

Dan akhirnya hari ini (4 Mac 2011), Pakcik yang kerja hantar Netbook HP call aku untuk hantar.  Aku excited la.  Dekat lebih sebulan nak masuk 2 bulan menanti Netbook HP aku.  Nak online kena pergi CC.  Sejam dah RM2.50. Main 4 - 5 jam lima hari.  Korang kira sendiri la.

So, ini Netbook HP aku yang berjaya mengubat hatiku yang terluka dek service TM yang teruk dan lembap.

So, bolehlah aku online kat rumah je. Hehe. Syok. Itulah ceritanya.  So, apa pendapat korang?

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka