Let's stay connected on the go.
Get addicted gaming to win your share of RM25,000!
What is Limhamn, Factum or Bekväm?
Ever feel like you need a genie to make your wishes?
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Memang banyak betul ragam manusia kat dunia ni ek? Ingatkan kat dunia nyata je. Kat dunia maya pun ada gak. Saya cuma ada blog yang biasa-biasa je. Saya taklah popular pun dan saya rasa biasa je dengan blog saya. Pelik bin ajaib sebab apa yang saya luahkan di blog saya cuma pendapat dan luahan yang keluar straight dari otak dan perasaan saya. Saya rasa saya tak sebut pun nama sesiapa. Saya gunakan bahasa general.
Saya nak cerita apa pun itu hak saya. Saya bukan nak burukkan orang lain tapi cuma nak bagi pendapat tentang apa yang saya rasa. Kadang-kadang kita tahu benda tu salah tapi kenapa kita masih tetap buat? Cuba fikir, kita dilarang minum arak tapi ada sesetengah orang tu suka minum arak. Padahal dia tahu arak itu haram. Macam rokok juga la. Kita tahu rokok itu memudaratkan kesihatan kita, tapi kenapa kita masih hisap rokok? Sebab dah ketagih? Kenapa tak usaha untuk berhenti? Kat hospital or klinik banyak cara dorang bagi untuk mengatasi ketagihan merokok. Ini tak, bila orang tegur, melenting tak tentu pasal.
Saya rasa apa yang saya ceritakan pun bertapis gak. Tak nak sakitkan hati sesetengah pembaca. Tapi apakan daya, saya pun cuma manusia biasa je. Kadang-kadang terbabas gak. Kalau tak suka baca blog saya, tak payah baca. Saya tak paksa pun.
Ini cuma pendapat saya ye? Jangan nak terasa plak. Siapa yang makan cili, dialah rasa pedas kan? Takkan rasa manis kot? Hahaha.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
