Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Dalam entry sebelum ini, saya ada cerita tentang saya pergi ke Balai Polis Nibong Tebal untuk buat laporan polis berkenaan motor saya yang hilang. Korang boleh baca kat SINI. Korang boleh juga baca pengalaman buruk saya masa nak buat repot polis sebab eksiden kat SINI.
Disebabkan adik lelaki saya last guna motor tu sebelum hilang, maka adik saya kena buat repot polis. Selepas buat repot polis tu, masa tu saya pergi dengan emak, adik lelaki dan isteri saya, kami pun balik dan tunggu tindakan polis. Esoknya saya balik ke Bagan Datoh Perak sebab nak kerja. So, apa-apa kemaskini tentang kes motor saya hilang tu, saya serahkan kepada adik lelaki saya.
Dalam minggu lepas, emak saya call saya:
Emak Saya : Assalamualaikum, Naser. Emak ni.
Saya : Ye emak. Ada apa?
Emak Saya : Motor dah jumpa. Naim dah ambil bawa balik.
Saya : Ye ke? Alhamdulillah.
Emak Saya : Tapi Naser, sebelum motor tu jumpa, Naim ada pergi Balai Polis Nibong Tebal tu. Nak bagitau dia syak orang yang curi motor tu.
Saya : Ye? Pastu?
Emak Saya : Naim cakap, polis kat kaunter terima repot polis cakap "Ala... Suruh emak awak beli je motor baru. Yang hilang tu biarkan je".
Saya : La... Dorang tak ambil statement Naim tentang dia syak sape curi motor tu?
Emak Saya : Tak. Naim bagitau, sambil makan kat kaunter tu, dorang suruh emak beli motor baru je. Pastu, Naim jawab la emak saya bukan orang kaya.
Saya : Pastu?
Emak Saya : Dorang tetap tak ambil peduli pun. Naim balik terus la.
Saya : La... Macam tu plak. Nasib baik motor tu dah jumpa balik.
Emak Saya : Nasib baiklah.
Perbualan selepas tu tak ada kaitan dengan entry ni. Cuma saya kecewa sangat dengan layanan kakitangan Balai Polis Nibong Tebal Penang tu. Kecewa sangat-sangat sebab dorang tak jalankan tugas dorang dengan sebaiknya. Tapi secara sambil lewa je. Tak letakkan diri dorang dalam "kasut" pelanggan. Nanti kena kat batang hidung sendiri, saya layan dorang macam tu, dorang rasa macam mana ye? Atau dorang tak rasa apa-apa pun?
Kalau korang kena macam ni, korang akan buat apa ye? Buat aduan? Kat mana tempat terbaik nak buat aduan ye?
p/s : Tolong saya klik http://goo.gl/ZdZT9 dan klik VOTE ... Terima kasih.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
