Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kecewa dengan polis. Show all posts
Showing posts with label kecewa dengan polis. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

POLIS : "ALA... SURUH LA EMAK AWAK BELI MOTOR BARU JE LA"

Tolong saya klik  http://goo.gl/ZdZT9 dan klik VOTE ...Terima kasih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Dalam entry sebelum ini, saya ada cerita tentang saya pergi ke Balai Polis Nibong Tebal untuk buat laporan polis berkenaan motor saya yang hilang. Korang boleh baca kat SINI. Korang boleh juga baca pengalaman buruk saya masa nak buat repot polis sebab eksiden kat SINI.


Disebabkan adik lelaki saya last guna motor tu sebelum hilang, maka adik saya kena buat repot polis. Selepas buat repot polis tu, masa tu saya pergi dengan emak, adik lelaki dan isteri saya, kami pun balik dan tunggu tindakan polis. Esoknya saya balik ke Bagan Datoh Perak sebab nak kerja. So, apa-apa kemaskini tentang kes motor saya hilang tu, saya serahkan kepada adik lelaki saya.


Dalam minggu lepas, emak saya call saya:


Emak Saya : Assalamualaikum, Naser. Emak ni.


Saya : Ye emak. Ada apa?


Emak Saya : Motor dah jumpa. Naim dah ambil bawa balik.


Saya : Ye ke? Alhamdulillah.


Emak Saya : Tapi Naser, sebelum motor tu jumpa, Naim ada pergi Balai Polis Nibong Tebal tu. Nak bagitau dia syak orang yang curi motor tu.


Saya : Ye? Pastu?


Emak Saya : Naim cakap, polis kat kaunter terima repot polis cakap "Ala... Suruh emak awak beli je motor baru. Yang hilang tu biarkan je".


Saya : La... Dorang tak ambil statement Naim tentang dia syak sape curi motor tu?


Emak Saya : Tak. Naim bagitau, sambil makan kat kaunter tu, dorang suruh emak beli motor baru je. Pastu, Naim jawab la emak saya bukan orang kaya.


Saya : Pastu?


Emak Saya : Dorang tetap tak ambil peduli pun. Naim balik terus la.


Saya : La... Macam tu plak. Nasib baik motor tu dah jumpa balik.


Emak Saya : Nasib baiklah.


Perbualan selepas tu tak ada kaitan dengan entry ni. Cuma saya kecewa sangat dengan layanan kakitangan Balai Polis Nibong Tebal Penang tu. Kecewa sangat-sangat sebab dorang tak jalankan tugas dorang dengan sebaiknya. Tapi secara sambil lewa je. Tak letakkan diri dorang dalam "kasut" pelanggan. Nanti kena kat batang hidung sendiri, saya layan dorang macam tu, dorang rasa macam mana ye? Atau dorang tak rasa apa-apa pun?


Kalau korang kena macam ni, korang akan buat apa ye? Buat aduan? Kat mana tempat terbaik nak buat aduan ye?


p/s : Tolong saya klik  http://goo.gl/ZdZT9 dan klik VOTE ... Terima kasih.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 25, 2012

"TERIMA KASIH SEBAB MENYUSAHKAN SAYA"

Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya Ada bagitau dalam entry lepas yang saya eksiden. Alhamdullilah saya, emak saya dan tunang saya selamat. Saya nak ceritakan pengalaman saya buat repot polis selepas eksiden tu. Basin baik kereta saya masih mampu didrive lagi. So, saya pun drive la ke Balai Polis terdekat untuk buat repot.

Sampai je kat Balai Polis tu, seorang polis tu suruh kami yang terlibat dengan eksiden ni pergi fotostat Mykad dan Lesen. Masa tu dah dekat pukul 9 malam dan malam tu malam Tahun Baru Cina. Saya pun drive cari kedai fotostat yang buka tapi semua tutup. Terpaksa saya pergi kedai Cyber Cafe untuk scan Dan print. Harga pun Berganda la sebab scan.

Lepas scan, saya pergi ke Balai Polis tersebut untuk buat repot. Masa saya balik ke Balai untuk buat repot polis tu, dah dekat pukul 11 malam dah. Hampir 2 jam saya Berlegar-legar mencari kedai fotostat. Saya ni mangsa eksiden tapi dipersusahkan dengan perkara kecil yang saya akin setiap Pejabat sepatutnya Ada - Mesin Fotostat.

Lepas tu repot polis pun diambil. Repot polis saya diprint 2 keping tapi yang keluar 1 keping je. Komputer Dan printer jem. Mungkin Allah nak tunjuk, polis tu disuruh untuk buat salinan fotostat kat mesin fotostat dorang kat belakang. Memang tak nampak mesin fotostat tu sebab letak terlindung.

Mesin fotostat Ada di belakang tapi kenapa dorang sanggup MENYUSAHKAN rakyat yang datang ke Balai Polis untuk buat repot? Saya baca Piagam Pelanggan dorang Dan saya tak rasa satu perkara pun dalam Piagam Pelanggan tu dorang buat. So, apa motif Piagam Pelanggan tersebut diwujudkan? Saya betul-betul kecewa dengan layanan Dan Khidmat yang diberikan. Saya tak minta layanan macam VIP tapi jangan MENYUSAHKAN rakyat dengan perkara yang remeh macam fotostat Mykad dengan Lesen. Padahal, mesin fotostat ada.

Saya betul-betul kecewa. Kerja yang boleh cepat diselesaikan jadi susah dan lambat selesai.

p/s : Nak senyum pun susah dekat pelanggan. Kena bayar kot untuk senyum? Kecewa sangat-sangat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka