Apa yang tengok selama saya hidup, kawan untuk bergelak dan bertepuk tampar memang banyak. Tapi bila kita sedih dan susah, tak ramai plak kawan. Mana pergi semua kawan yang ramai masa nak bergembira dan bertepuk tampar tu? Dorang busy buat hal masing-masing.
Itu di belah dorang. Kita kata dorang jenis tak ingat kawan bila kawan dorang susah. Tapi kita kena tanya diri sendiri. Kita buat ke apa yang kita cakap dorang tak buat? Masa kawan kita susah dan sedih, kita di mana? Kita harapkan dorang ada di sisi kita bila kita sedih dan susah. Tapi di mana kita masa dorang sedih dan susah?
Korang jawab sendiri ye? Cuma ingatan di pagi hari yang nyaman ni. Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
