Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label cerita seram. Show all posts
Showing posts with label cerita seram. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

SEGMEN MINAH BLUR : "AKU JOIN SEGMEN BERHANTU!"

Korang nak join, klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini nak join segmen berhantu cik adik comey kita yang blur ni. Haha.. Eh.. Ni segmen berhantu la. Mana bleh gelak... Isk2..

HANTU HIMPIT YANG CINTAKAN SAYA

Saya kena himpit dengan hantu ni masa Form 2 di asrama Penang Free School. Masa tu, semua student dah balik kampung dan saya tinggal asrama tu dengan 2 orang kawan saya. Asrama tu ada 4 tingkat dan 2 blok. So, nak dijadikan cerita, pagi tu, saya bangun lambat sebab penat berjaga konsert malam sebelumnya. Oh.. Lupa lak. Saya terlibat sebab security untuk konsert sekolah adakan disebabkan saya ni Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Masa saya bangun pagi tu, kawan-kawan saya dah keluar beli makanan, so, saya  pun baring meniarap sambil buat-buat tidur. Tiba-tiba saya terasa macam badan saya jadi sangat berat dan terasa macam ada sesuatu himpit saya. Nak menjerit pun tak boleh. Badan saya macam jadi kaku giler. Nak buka mata pun tak boleh. Masa tu,saya dah takut gila. Memang ada kawan-kawan cerita tentang asrama yang saya duduk tu sebab usia sekolah dan asrama saya dah lebih 100 tahun. So, faham-faham je la.

Pastu, saya dah jadi panik dan tak tau nak buat apa-apa. Tiba-tiba saya terasa rambut saya dibelai-belai. Lagi meremang bulu roma saya. Terus saya baca Surah Kursi. Selepas berapa lama, benda tu terus lepaskan saya dan hilang. Saya bangun duduk atas katil. Saya fikir balik, mungkin mimpi kot?

Selepas kejadian tersebut, hampir setiap malam saya dihimpit.  Sampai bila dia datang je, saya akan rasa angin sejuk meniup, saya cuba elakkan tapi pantas dia himpit saya. Ada masa saya tengah tidur, dia angkat saya terapung-apung, bila saya buka mata, terus jatuh atas tilam balik. Bukan setakat dia himpit saya di asrama, sampai ke rumah dia ikut saya. Di rumah pun saya kena himpit. Entahlah, apa yang dia pandang pada saya ni saya pun tak tau. 

Satu malam tu di asrama, masa tu saya Form 4, malam tu saya kena himpit banyak kali sampai saya naik bengang, saya bertekad nak buka mata saya dan tumbuk benda tu. So, malam tu saya tak tidur meniarap, saya tidur mengadap ke atas. So, macam biasa la, dia himpit saya, saya baca Surah Kursi sambil usaha buka mata saya sambil genggam penumbuk saya. Dalam hati saya kata nak tengok muka dia dan tumbuk dia. Akhirnya saya dapat buka mata saya dan benda tunjuk muka dia yang sebenar. Nak saya cerita ke? Oklah. Saya cerita. Saya cuma nampak kepala je. Ada tanduk satu kat dahi macam unikorn dan dia senyum kat saya. Saya terkejut dan tak jadi tumbuk. Terus tutup mata serapat-rapatnya. Sambil Baca Surah Kursi harap dia blah cepat. Lastly, dia blah gak. Yang tak boleh tahan tu, kawan-kawan saya tengah bersembang berdekatan dengan saya tak perasan apa-apa pun.

Ini plak masa saya balik dari UiTM Perak ke Penang dengan motor. Masa tu saya sampai rumah dalam pukul 3 pagi. Adalah masalah motor sebab tu lambat. Malam tu saya kena himpit lagi. Esok paginya, saya kelam kabut nak pergi praktikal di KWSP Seberang Jaya dan balik rumah je, saya bagitau emak saya tentang saya kena himpit semalam, emak saya cakap masa dia buka pintu untuk saya, dia nampak ada perempuan cantik ikut saya.

Sekarang ni, saya dah tak kena himpit dah. Cuma rumah sewa yang saya duduk sekarang, mengikut kata jiran-jiran yang terkejut saya boleh duduk tanpa ada masalah, rumah tu ada benda. Sebab kawan saya bagitau, masa dia tinggal dalam rumah tu, setiap malam, pintu belakang ada benda ketuk, bila saya pindah masuk dengan dia, bunyi ketukan tu terus hilang. Kawan saya terkejut. Sekarang saya duduk rumah sewa tu sorang-sorang je dan setakat ada la 2,3 benda berlaku tapi saya rasa biasa je. Saya pun tak pasti sama ada benda tu masih ada dengan saya lagi tak?

Ini cerita dari pengalaman saya sendiri. Saya sendiri yang kena. So, macam mana? Lepas baca kisah benar saya ni, korang boleh tidur malam tak? Saya ok je. Tidur buat tak tau je. Sori.. Terpanjang la plak.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka