Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, June 17, 2011

SEGMEN : CERITA REKAAN

Korang nak join, klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen yuyu plak. Huhu... Pasal merepek ni memang saya expert. Hehe..


Pak Hensem dan Mak Cantik sangat suka makan sayur.  Tapi sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni, sayur di pasar selalu dah  habis.  Terpaksa Pak Hensem dan Mak Cantik meratah sayur yang dah basi di dalam peti sejuk. Mak Cantik terus bermuram durja. Pak Hensem jadi gelabah.  Biasalah, bini dia kan cantik.  Takut plak nanti bini dia lari ikut lelaki lain yang lebih hensem lagi.

Maka Pak Hensem berfikir dan berfikir dan berfikir dan ... akhirnya mendapat satu idea bernas.  Pak Hensem terus berlari katak ke arah Mak Cantik.  Mak Cantik terkejut terus menendang Pak Hensem ke dalam kuali.  Maka hensemlah kuali tu. Mak Cantik yang terkejut tu baru tersedar dia telah menerajang suaminya yang hensem itu dan terus berlari menyelamatkannya.

"Cem (Panggilan manja Pak hensem), maafkan Ntik (Panggilan Manja Mak Cantik). Ntik terkejut", ujar Mak Cantik.  Pak Hensem senyum walaupun menahan gelora di dada.

"Jom", pendek je Pak Hensem menjawab.  Lantas tangan Mak Cantik ditarik menaiki motornya.

"Kemana ni Cem?", soal Mak Cantik kerisauan.  Perangai suaminya tak keruan.  Kena hantar hospital gila ni.

Pak Hensem buat bodo je. Terus menunggang motor sampai ke suatu tempat yang terpencil.  Penuh dengan semak samun.

"Awat bawa Ntik ke sini ni?" tanya Mak Cantik. Pak Hensem memandang Mak Cantik sambil tersenyum. Tangan Mak Cantik ditarik lagi. Dibawa makin ke dalam hutan dan akhirnya ...

"Ta da ... " Pak Hensem berkata.  Mak Cantik tersekima. 

"Banyaknya Cem", ucap Mak Cantik keharuan. Pak Hensem memberi plastik untuk Mak Cantik mengutip pelbagai sayur-sayuran yang berada di ladang kelapa sawit tersebut.

Sedang mereka bersedia nak balik, tiba-tiba ...

"Hoi!" Terdengar satu suara menjerkah. 

Pak Hensem terus menyuruh Mak Cantik naik dan memecut selajunya. 

HABIS.

Apa yang saya tulis kat atas tu tak berkaitan dengan sesape k?  Penulisan kat atas tu keluar secara spontan. Huhu.

Itu je. Selamat membaca dan gelak-gelak. Haha...

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. Dorang curi sayur ke tu?hahaha

    ReplyDelete
  2. amirah: itulah temanya..hehe..cara saya buat cerita, dapat temanya, senang nak olah..huhu..

    ReplyDelete
  3. Hahaha..boleh pulak hensem kan..:P

    ReplyDelete
  4. Fee Hafeezah : hehe...boleh aje..

    ReplyDelete