Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kereta saya. Show all posts
Showing posts with label kereta saya. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

"SAYA DAN PUAN K SAYA"

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Get addicted gaming to win your share of RM25,000!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kalau saya bagitau korang saya dah kawin, korang percaya tak? Ini pengakuan berani mati saya. YA, SAYA DAH KAWIN. Nama bini saya adalah Puan K. Ada ke yang terasa melepas tak? Hahaha.

Mas kawin masa nak kawin dengan Puan K ni dalam RM2,000 gak la. Mahal kan? Pastu, hantaran saya belanja lebih RM30,000. Memang saya sayang sangat-sangat Puan K saya ni. Saya beri kasih sayang dan jaga dia dengan baik sekali. Apa yang dia nak dengan sedaya saya penuhi.

Alhamdulillah Puan K ni masih setia kepada saya dan sudah semestinya saya setia kepada Puan K. Mesti korang nak tahu siapa Puan K tu kan? Nama penuh Puan K adalah Puan Kenari. Comel kan nama tu. Hehehe.

Gambar kat atas itulah bini saya. Nombor plat pun ikut nama saya. NBN = Naser Bin Nadzeri.

Hehehe. Jangan marah, nanti kena jual.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka