Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, July 19, 2011

SEGMEN LUNA LANUN : SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

Nak join? Klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak join apa-apa segmen. So, hari ni teringin lak nak join satu segmen yang dihostkan oleh Luna Lanun di samping boleh jugak menambah follower. Hehe..

Korang nak tambah follower dan berkenalan dengan blogger-blogger baru tak? Kalau nak, jom join.

Tarikh tutup : 25 JULY 2011

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

KITA NAMPAK SALAH ORANG LAIN, SALAH KITA?

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila melibatkan salah orang lain, kita sentiasa nampak. Tapi kalau kita buat salah, kita jarang sangat nampak salah kita sendiri.

Bila orang lain buat salah, kita gelak kan? Kita kata melucukan. Tapi, cuba bayangkan kalau kita buat salah dan orang gelakkan kita, korang rasa korang akan rasa apa? Malu?

Saya mengaku diri saya pun selalu nampak salah orang lain dan gelakkan dorang. Lepas saya attend Program Bina Negara, saya sedar diri saya pun ada yang salah. Sebab sebagai manusia, saya tak lepas daripada berbuat kesalahan.

Korang ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka

KENANGAN YANG TAK DAPAT SAYA LUPAKAN...


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tarikh semasa saya menulis entry ni adalah pada 17.07.2011. Saya masih berada di Kem Intan Suraya, Sungai Siput, Perak. Sehari ini aktiviti saya adalah melibatkan aktiviti survivor je. Saya dan kumpulan saya dikehendaki menaiki rakit dan mendayung menongkah arus. Penat dan susah nak mendayung rakit menongkah arus. Yang membuatkan ia sangat susah adalah disebabkan empangan sedang dibuka dan memang berarus deras. Tapi akhirnya kami berjaya menongkah arus dan berakit mengikut arus ke check point. Disebabkan rasa kepenatan yang amat sangat, kami parking rakit kami di tebing Sungai Perak dan mandi manda dulu. Hahaha. Pastu kami terus ke checkpoint dan kena masak makanan tengah hari kami sendiri.

Dah la tengah penat dan berendam dalam air berjam-jam, kena masak plak. Tapi nak buat camne, masak je la. Lepas itu, kami meneruskan berakit sehingga checkpoint terakhir dan kemas rakit yang kami telah buat sendiri pagi tadi. Maknanya kami kita ceraikan komponen seperti tayar, batang PVC dan papan dengan memotong yang mengikat komponen tu. Kami terus balik ke kem dengan bas yang dorang sediakan. Nasib baik ada bas, kalau tak, mau tercabut lutut berjalan ke kem yang jauh. Hahaha...

Aktiviti ni bermula dalam pukul 10 lebih pagi hingga hampir pukul 6 petang. Korang bayangkan berapa lama saya kena duduk di bawah panahan matahari dan berendam dalam ait sungai? Habis tangan dan dahi saya pedih sebab sun burn. Kaki saya plak sakit sebab berendam dalam air lama sangat. Tapi takpe, bila saya tengok Sungai Perak, saya akan cakap dalam hati:

"Saya dah merasa berakit di Sungai Perak ni"

Ia dah jadikan kenangan yang paling berharga dan tak dapat saya lupakan.

Korang ada kenangan yang tak dilupakan tak? Ce kongsi...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka