Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, February 11, 2012

"PERBANDINGAN PENJELASAN CUSTOMER DENGAN VIDEO SERANGAN STAF KFC"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada post satu entry berkenaan "DISEBABKAN AYAM GORENG...GADUH". Tadi saya secara tak sengaja terjumpa satu video di Youtube yang menunjukkan apa yang terjadi sebelum customer tu ditumbuk dan ditendang.


Ini apa yang dikatakan oleh orang yang upload video ni dalam youtube yang berada di tempat kejadian:

"Basically this is what happened: Feb 6 2012, ICT Shah Alam (Malaysia) KFC outlet. So many people, little chicken left, queue gets longer. Hungry customers start to get restless. 


A customer starts complaining, and staff start to yell back. Then a few racial slurs begin to fly around from the customer. The staff get angry.. and the fight starts. There's a Part 2 for this video."

Korang cuba tengok dan dengar betul-betul video kat atas tu. Korang akan dengar customer tu menjerit-jerit dengan pelat english tersekat-sekat. Kemudian, baru ada video Part 2 kat bawah ni:


Video di atas baru menunjukkan Staf KFC tu keluar untuk serang customer tu. Tapi, bila didengar betul-betul sebelum staf KFC yang meluru untuk tumbuk dan tendang customer tu, customer tu ada menjerit sekuat hati dia dalam bahasa cina. Saya tak faham.

Tapi yang menghairankan, dalam Press Conference yang dibuat oleh dorang dengan kerjasama DAP, customer itu mengaku tak keluarkan apa-apa ayat yang boleh menaikkan kemarahan staf KFC tu. Korang boleh tengok dan dengar sendiri penjelasan yang diberikan oleh customer tu:


Dalam Press Conference kat atas, customer mengatakan dia langsung cakap apa-apa yang boleh menaikkan kemarahan staf KFC tu tapi bila kita tengok dan dengar balik video-video kat atas, saya dapat dengar customer tu marah dan jerit-jerit kat staf KFC tu. Lagipun, dalam Press Conference tu langsung tak ceritakan secara menyeluruh dan cuma menceritakan tentang customer je.

Mungkin kita patut dengar penjelasan staf KFC tersebut supaya adil dan kita dapat menentukan siapa yang salah. Tapi, dari pengalaman saya bekerja dalam line macam ni, memang staf KFC takkan diberi peluang pun. Ini mengikut pengalaman saya ye?

Korang tengok, dengar dan bandingkan apa yang berlaku dan apa yang dinyatakan dalam Press Conference customer tu, apa pendapat korang?

p/s : Hairan kenapa customer lain tak naik marah macam customer ni pun disebabkan ayam goreng tak cukup. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, February 10, 2012

"SERVICE TERBAIK...PERNIAGAAN PASTI MAJU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru-baru ini saya dan tunang saya dapatkan perkhidmatan untuk cetak sesuatu. Bila tengok design dan kami pun setuju dengan design tu. Segala kesilapan ejaan semua telah disemak dan dibetulkan.


Tapi, bila barang cetakan siap, banyak betul kesilapan. Padahal masa kami check design, kami dah maklumkan yang manan perlu diperbetulkan. Bila diberitahu kepada orang yang sediakan service tu, kami pula dipersalahkan.


Design yang dipersetujui dengan design yang diberi langsung tak sama. Stapler pun macam cincai-cincai je. Sesetengah barang cetakan tu langsung tidak dicheck dan ada yang berbintik-bintik putih penuh dalam satu page.


Sepatutnya bila customer beritahu tentang perkara macam ni, dorang kenalah ambil perhatian dan selesaikan. Bukan menyalahkan customer tu balik. Even customer tu ada hubungan darah dengan kita sekalipun, service sepatutnya kena bagi extra excellent. Sebab nanti dia juga akan promote business kita tu kat kawan-kawan dia.


Yang pasti, saya takkan promote business orang macam ni dekat kawan-kawan saya. Buat malu diri sendiri je. Korang sanggup promote business macam ni kat kawan-kawan korang?


p/s : Kebanyakkan business orang melayu macam ni la. Tapi ada gak yang bagus tapi tak banyak yang kita boeh jumpa. Kalau kita jumpa, kita pasti akan pergi lagi dan promote kat kawan-kawan kita kan?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, February 9, 2012

"NAK IKHLASKAN HATI...SUSAH SEBENARNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang rasa senang ke nak ikhlaskan hati korang? Korang rasa korang ikhlas ke? Macam mana korang katakan korang ikhlas tu? Ada bukti? Resit?


Memang kita disarankan untuk ikhlaskan hati dalam melaksanakan sesuatu. Tapi tak mungkin semua perkara kita akan ikhlas. Ada gak perkara yang kita buat, mungkin pada masa tu emosi kita tak stabil, hilang keikhlasan tu.


Macam mana nak tahu kita ikhlas? Cuma diri sendiri je yang tahu betapa ikhlasnya diri kita. Orang lain takkan tahu sebab keikhlasan tu timbul dari hati kita sendiri.


Betul tak?


p/s : Pendapat saya saja.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka