Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, July 19, 2011

"KENAPA BLOG OTAI BEST?"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mula-mula saya start berblogging dulu, saya tertanya-tanya gak la. Kenapa blog otai best? Kenapa saya dan blogger lain suka baca blog otai macam Ben Ashaari dan Yuyue Zulaikha? Mula-mula tu saya tak amik port sangat sebab saya fikir blog saya dah cukup bagus. Padahal sebelum Abang Ben buat segmen kritik blog tu, blog saya ni berselerak widgetnya. Hahaha... Perasan bagus saya ni kan?

Saya selalu tertanya-tanya.  Apa yang membuatkan blogger lain suka baca entry yang blogger Otai tulis? So, saya pun start baca entry dorang. My faveret semestinya Santai Bersama Ben Ashaari dan baru-baru ni saya mula baca blog Yuyue Zulaikha gak. Saya baca dan cuba adaptkan di blog saya. Tapi dengan gaya saya sendiri.

Saya cuba fikir dalam konteks kalau saya sendiri sebagai pembaca blog saya. Saya mesti nak yang santai dan tak membebankan otak. Walaupun ayat saya agak skema tapi bagi saya inilah identiti saya. Lepas itu, kalau saya nak buka blog seseorang, saya mesti tengok berapa lama masa diambil untuk blog tu siap loading. Kalau lama sangat, saya skip je. So, saya ambil keputusan nak ringankan dan cepatkan masa loading blog saya. So, senang pembaca blog saya nak terjah dan dorang tak la skip blog saya.

Saya jadikan blog-blog otai sebagai rujukan saya. Sampai sekarang saya masih merujuk kepada blog mereka. Oleh itu, kepada rakan-rakan blogger yang baru, pada pendapat saya, langkah pertama untuk buat blog, letakkan diri korang dalam kasut blogger yang akan baca blog korang. Apa yang korang rasa dorang nak?

Tips dari pengalaman saya. Kalau ada tak setuju, saya sudi terima teguran. Sila tinggalkan di ruang komen ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"TOLONG...ANJING KEJAR SAYA"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Teringat suatu ketika dulu, masa sekolah rendah. Saya pergi dan balik sekolah naik basikal. Hari tu saya ada kelas tambahan di sekolah tambahan. So, macam biasa la. Saya pergi sekolah dengan basikal saya.

Perjalanan naik basikal dari rumah saya sampai ke sekolah rendah saya ambil masa dalam 15 minit. So, dengan semangat besi saya pun naik basikal pergi ke sekolah.

Dalam perjalanan menaiki basikal yang best pada masa tu, saya terperasan ada sekumpulan anjing sedang memerhati saya dengan penuh tekun. Saya pun ter'alert' dan mula mengayuh dengan laju. Anjing-anjing terperasan saya cuba melarikan diri dan terus mengejar saya.

Tiba-tiba, tak tahu sebab apa, saya terjatuh basikal. Anjing makin dekat an terus menjerit ketakutan. Rasa malu gak masa tu sebab menangis kuat masa tu. Hahaha... Malunya.

Anjing tu lagi kuat menyalak depan mata saya. Nasib baik ada orang tolong halaukan. Lawak kan?

Bila teringat kisah tu, saya mesti tergelak sendiri. Rasa malu dan lawak plak. Haha...

Korang ada pengalaman macam saya tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN SUHAZLI : SAYA DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SERI ISKANDAR, PERAK

Nak join? Klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen lagi. Kali ini nak join segmen dari Suhazli. Ni first time join segmen dia. Hehehe...

Kena jawab 3 soalan simple plak. Orait. No Problem.

1. Nama Panggilan?
    Dalam Blog ni saya panggil saya Nasz. Kat luar, panggil Naser je la.

2. Universiti mana belajar or habis belajar?
    Sudah semesti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. UiTM di Hatiku. Hehehe..

3. Course?
    Diploma dalam Pengurusan Dan Teknologi Pejabat (atau dalam BI - Office Management And Technology).

Itu je kot? Hehehe..

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka