Mula-mula saya start berblogging dulu, saya tertanya-tanya gak la. Kenapa blog otai best? Kenapa saya dan blogger lain suka baca blog otai macam Ben Ashaari dan Yuyue Zulaikha? Mula-mula tu saya tak amik port sangat sebab saya fikir blog saya dah cukup bagus. Padahal sebelum Abang Ben buat segmen kritik blog tu, blog saya ni berselerak widgetnya. Hahaha... Perasan bagus saya ni kan?
Saya selalu tertanya-tanya. Apa yang membuatkan blogger lain suka baca entry yang blogger Otai tulis? So, saya pun start baca entry dorang. My faveret semestinya Santai Bersama Ben Ashaari dan baru-baru ni saya mula baca blog Yuyue Zulaikha gak. Saya baca dan cuba adaptkan di blog saya. Tapi dengan gaya saya sendiri.
Saya cuba fikir dalam konteks kalau saya sendiri sebagai pembaca blog saya. Saya mesti nak yang santai dan tak membebankan otak. Walaupun ayat saya agak skema tapi bagi saya inilah identiti saya. Lepas itu, kalau saya nak buka blog seseorang, saya mesti tengok berapa lama masa diambil untuk blog tu siap loading. Kalau lama sangat, saya skip je. So, saya ambil keputusan nak ringankan dan cepatkan masa loading blog saya. So, senang pembaca blog saya nak terjah dan dorang tak la skip blog saya.
Saya jadikan blog-blog otai sebagai rujukan saya. Sampai sekarang saya masih merujuk kepada blog mereka. Oleh itu, kepada rakan-rakan blogger yang baru, pada pendapat saya, langkah pertama untuk buat blog, letakkan diri korang dalam kasut blogger yang akan baca blog korang. Apa yang korang rasa dorang nak?
Tips dari pengalaman saya. Kalau ada tak setuju, saya sudi terima teguran. Sila tinggalkan di ruang komen ye?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

