Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, March 4, 2011

MENYAKAT ORANG MELATAH? BEST KE?


Salam sejahtera semua kawan-kawan.

Hari ni nak cerita tentang melatah.  Topik terfikir pagi kelmarin masa tengah minum pagi kat kedai makan yang selalu aku pergi.  Kalau aku bagitau pun bukan korang tahu kecuali korang ni penetap di Bagan Datoh.  Kalau nak tau gak, korang tinggalkan soalan kat bahagian komen je la.

Masa tengah aku menjamu nasi lemak dengan teh tarik kurang ais aku, ternampak makcik-makcik tengah menyakat makcik yang kuat melatah ni.  Memang geli hati aku sambil tengok telatah makcik-makcik tu.  Tambahan bila tengok makcik yang melatah tu.  Pada pandangan aku, apabila seseorang itu melatah, dia menunjukkan perasaan dia yang sebenarnya.  Contohnya kalau dia rasa nak mengeluarkan kata-kata kesat kepada seseorang tapi selalunya kita akan menahan diri kerana tak ingin buat orang tu terasa tapi bila orang yang melatah dilatahkan, maka apa yang difikirkannya pada masa tu akan terpancul dari mulutnya.

Melatah yang biasa aku tengok biasanya mulut sahaja yang bercakap.  Melatah yang agak ekstrem dan pernah maksud dalam surat khabar suatu ketika dulu, bila seorang makcik ni melatah sambil pegang parang dan hendak tetak orang yang menyakatnya.  Ini dah jadi kes berat sebab kalau makcik tu menetak orang tu, orang itu mati, apa rasanya akan jadi pada makcik tu?

Memang best tengok orang melatah dan menyakat orang melatah tapi bagi aku, berpada-padalah.  Orang yang kita sakat itu pun manusia dan ada perasaan.  Sekali sekala tak kisahlah tapi janganlah sampai setiap masa.  Kesian.

Apa yang aku tulis ni cuma dari pandangan mata dan otak aku je.  Kalau ada kawan-kawan yang ada pendapat lain dan ingin kongsi, bolehlah tinggalkan kat ruangan komen di bawah.  Jangan malu-malu.  Kongsi je pendapat yang ada di dalam kepala otak korang.  Mungkin ada gunanya.  Itu je kali ni.

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 2, 2011

Lady Gaga - Born This Way



Salam sejahtera semua.

Kali nak kongsi Video Clip latest Penyanyi Lady Gaga bertajuk "Born This Way".

Lagu dia memang best tapi video clip dia agak teruk bagi saya.

Apa pandangan kawan-kawan?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 1, 2011

Apesal.com - SALAH SATU PLATFORM UNTUK TINGKATKAN TRAFIK!!!

Salam sejahtera semua.

Seperti kita tahu banyak tempat kita boleh promosi blog kita untuk tingkatkan trafik ke blog kita.  Tapi, di sini saya nak ceritakan 1 Platform yang menarik dan berbaloi untuk dicuba dalam mencapai trafik yang tinggi.
Platform yang saya maksudkan adalah Apesal.com


Yang menarik, mereka ada sistem exchange ratio sebanyak 300%.  Ini bermakna, kalau kita mampu menarik sebanyak 100 klik ke apesal.com, pihak apesal.com akan menghantar 300 klik ke blog kita.  Menarik tak?

Nak daftar bukan mudah sebab pihak apesal.com akan review blog kita sebelum tentukan sama ada layak atau tidak.  Tapi apa salahnya kalau kita mencuba kan?

Saya akan terangkan cara nak daftar:

Mula-mula kita pergi ke website http://www.apesal.com


 Dah masuk je ke website tu, klik pada tab Daftar di atas.



Akan keluar page macam kat atas untuk terangkan macam mana apesal.com berfungsi.  Dicadangkan supaya baca baru faham macam fungsi apesal.com.  Pastu, scroll sampai bawah dan jumpa tempat untuk Daftar.



Nampak tak kotak kat bawah tu? Kat situ la tempat untuk daftar.  Simple je. Masukkan website dengan http://, nama, email dan anggaran trafik harian.  Lepas itu klik Add Site.  Selepas dah klik Add Site, akan kuar satu nota macam kat bawah screen shot bawah ini:

Pihak apesal.com akan review pendaftaran kita dalam masa 24 jam.  Mereka juga telah hantar 1 email ke mail box kita untuk memaklumkan pada kita.


Kalau pendaftaran kita telah diterima, pihak apesal.com akan hantar 1 email untuk maklumkan password. Macam screen shot kat bawah ni:

Kalau pendaftaran kita telah ditolak dengan sebab penolakannya, pihak apesal.com pun akan hantar 1 email macam screen shot bawah ni:
Oleh itu, saya sarankan apa saja keputusannya, kita cuba Daftar dulu dan lihat apa keputusannya.  Apesal.com ni dapat bantu kita untuk tingkatkan trafik, membina backlink dan menghubungkan blog kita dengan blog-blog yang lain.

Jumpa lagi lain kali.

Adios.

-nasz-

Sila Tekan Like Jika Suka