MENARIK:
GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!
Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Soalan ni selalu bermain-main di benak saya. Kenapa? Kenapa? Kenapa perlu dorang yang terlibat suka bantutkan hasrat saya untuk berblogwalking? Apa salah saya? Nak nangis dah ni. Tapi tergelak la plak. Hahaha...
Ini antara sebab-sebab dorang buat macam pic kat atas yang saya boleh fikir. Mungkin sebab blog dorang tu banyak gambar-gambar censored dan untuk tontonan orang dewasa saja. Tapi saya tengok biasa je. Mungkin sebab saya berumur dewasa kot?
Mungkin sebab dorang blogger baru dan saja nak testing setting ni. Nak tengok banyak mana blogger tak pergi blog dorang dah. Bukan rugi ke macam tu? Hehehe...
Mungkin dorang sengaja nak buat kejutan sebab kejutan ni boleh buat orang datang ke blog dorang. Tapi sekali je kan? Nak buat kejutan pun mesti ada caranya. Kan?
Antara yang saya rasa sangat susah bila ada setting yang sangat advance ini ialah bila saya tengah blogwalking guna handphone dan wifi tempat tu lembab macam siput sedut, masa tu nak tunggu loading page setting ni pun dah memakan masa. So, dengan selambanya saya terus pangkah dan blogwalking ke blog lain.
Saya rasa bengang bila lepas je setting tu, tak ada pun untuk tontonan dewasa. Masa tu terfikir, kenapa dorang letak setting tu? Seronok ek letak setting tu? Nampak profesional kot?
Ini cuma luahan pendapat saya. Bukan nak menghentam tapi memberitahu saja. Nak nasihat, saya memang tak layak sebab diri sendiri pun tak ternasihat lagi.
Ada yang tak puas hati? Sila serang saya.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

