Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label segmen bagus. Show all posts
Showing posts with label segmen bagus. Show all posts

Monday, February 4, 2013

SEGMEN PENCARIAN BLOGGERSTARZ

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengah blogwalking, ternampak satu segmen yang menarik perhatian saya. Lagipun banner segmen ini pun cantik juga, bagi saya la. Bagi korang, saya tak tahu. Saya pun terjah ke blog penganjur sebab nak tengok cara nak masuk segmen ini. Kalau banyak sangat benda nak kena buat, memang saya tak nak masuk. Tapi, syarat-syaratnya simple je. So, saya pun joinlah.

Saya nak kena ceritakan saya sepanjang saya berblogging ini. So:

PENGALAMAN PALING BEST

Pengalaman paling best saya dalam sejarah saya berblogging adalah apabila Nuffnang saya buat pertama kalinya dapat di'cash out'kan dan saya dapat Cek daripada pihak Nuffang. Masa itu, saya rasa seronok sangat walaupun jumlahnya bukanlah banyak mana pun.

PENGALAMAN PALING HAMPEH

Pengalaman paling hampeh yang pernah saya lalui ialah apabila blog saya di'block' oleh pihak Google disebabkan ada orang meletakkan virus di kod blog saya. Disebabkan pada masa itu saya menggunakan Hosting NetKL, so, saya tak pasti cara untuk delete virus tersebut, saya terpaksa delete blog saya di Hosting tersebut. Nasib baik blog saya di Blogspot masih ada lagi dan saya terus menggunakan blog lama saya ini. Tetapi masalah lain pula timbul apabila domain saya pun di'blacklist'kan dan sesiapa yang ada link dengan domain saya akan diberi amaran 'Malware'. Saya terpaksa menghantar ticket rayuan kepada pihak Google dan terangkan tentang blog saya di Hosting NetKL yang telah saya delete. Akhirnya domain blog saya ini dibersihkan daripada 'blacklist' tersebut.

Inilah antara pengalaman-pengalaman yang saya pernah lalui semenjak berblogging. Ada banyak lagi tapi saya rasa ini yang saya patut kongsikan.

"Saya Nak Masuk Bloglist Geng Ohsem"

Tarikh tutup segmen ini adalah pada 21hb Februari 2013.

Korang rasa korang nak jadi BloggerStarz tak? Kalau nak, cepat join segmen ini sebelum terlambat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 3, 2013

SEGMEN SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME BY MSELIM3

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya jumpa segmen ini di blog Remy. Nampak menarik je. So, saya pun decide untuk join segmen ini. Segmen dianjurkan oleh saudara Mohd Selim ini. Harapan saya sama juga dengan saudara Mohd Selim iaitu dengan blogwalking, kita dapat menambahkan lagi rakan-rakan di dalam dunia maya ini di samping saling bertukar-tukar fikiran di antara satu sama lain. Dah macam karangan SPM pula kan? Hahaha.

Anyway, jomlah ramai-ramai join segmen ini. Mungkin korang yang kurang Follower tu boleh bertambah follower. Dengan join segmen sebegini, korang ada peluang untuk tingkatkan trafik ke blog korang. Saya pun mula naik dengan join segmen-segmen sebegini. Tak kisahlah siapa yang buat segmen ini. Jangan asyik nak join segmen daripada Otai Besar je. Kenalah support blogger-blogger biasa seperti diri saya ini.

Saudara Mohd Selim beritahu segmen ini tutup bila dia bagitau tutup nanti. So, maknanya tarikh tutupnya tak ditentukan lagi sehingga diberitahu. Saudara Mohd Selim juga kata akan buatkan senarai blogger yang join segmen ini. Senang kan? Tak perlu susah-susah sebab saudara penganjur dah tolong senaraikan dan bagi backlink lagi kat blog korang. So, apa korang tunggu lagi. Cepat join ramai-ramai.

p/s : Kalau korang dah follow saya, tolong tinggalkan komen di entry ini ye? Senang saya nak follow balik.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka