Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label menunding jari. Show all posts
Showing posts with label menunding jari. Show all posts

Friday, July 22, 2011

MENUNDING JARI ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk entry saya kali ini ialah menunding jari. Bukan secara abstraknya kita menunding jari. Maksudnya bukan kita ambil jari kita dan tundingkan pada sesuatu atau seseorang. Ia lebih kepada kita suka menyalahkan orang lain terhadap sesuatu perkara tanpa mendapat maklumat daripada kedua-dua belah atau lebih belah pihak. Kita membuat keputusan berdasarkan apa yang kita tengok dan faham. Kadang-kadang apa yang kita tengok tu tak semestinya betul seperti fahaman kita. Kita kena tengok gambaran keseluruhannya.

Contohnya, kita ternampak seorang lelaki memegang sepucuk pistol di tangan dan di sebelahnya ada seorang lelaki yang terlantar berdarah di perut. Pandangan pertama kita adalah lelaki yang pegang pistol tu yang menembak mati lelaki yang seorang lagi. Kita cuma buat andaian dan terus menjadikan andaian itu perkara sebenar. Kita cuma nampak gambaran sebahagian atau akhir kejadian tu, bukan keseluruhan kejadian tersebut. Bila pihak forensik dan polis buat siasatan, bukan lelaki yang pegang pistol tu tembak. Sebenarnya lelaki tu adalah polis perisik dan cuba selamatkan lelaki yang ditembak. Korang bleh nampak perbezaannya kan?

Sifat menunding jari ni memang wujud dalam hampir semua orang. Kita lebih nampak kesalahan orang daripada diri sendiri. Kita selalu ambil keputusan melalui andaian. Kita terburu-buru untuk tunding jari pada si polan itu dan si polan ini tapi kita pun tak tahu perkara sebenar. Secara tak langsung kita dah memburukkan orang tersebut. Bila siasatan selesai, rupanya orang tu tak bersalah. Kita yang malu tapi orang yang kita canangkan satu kampung tentang kesalahan yang dia tak pernah buat tu macam mana? Mulut orang bukan senang ditutup.

Betul tak? Ini cuma pendapat saya. Ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka