Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hempas. Show all posts
Showing posts with label hempas. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

RUPANYA MACAM INILAH RASANYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak ada ada anak ini, baru saya faham beginilah rasanya ibu dan ayah saya nak membesarkan saya. Betapa susah pun dorang tak buang saya sehingga apa yang telah saya jadi hari ini. Masa kita kecil dulu, mana kita tahu apa yang telah kita buat. Menangis tak tentu pasal. Meragam sampai letih ibu dan ayah kita melayan kita.

Tapi, sehingga ke hari ini, ibu saya masih 'simpan' saya. Tak macam ibu-ibu yang saya baca di Akhbar, 'buang' anak sana sini, dera anak, hempas anak malahan bunuh anak sendiri pun ada. Padahal anak itu adalah anugerah dan tanggungjawab kita.

Ibu saya dah banyak berkorban untuk besarkan saya. Saya tahu tapi saya tak rasa. Memang mudah saya tahu dari cerita yang ibu saya ceritakan tapi macam mana rasanya? Sekarang ini baru saya tahu. Tapi, susah payah jaga anak ini akan terbalas nanti. Allah tak pernah abaikan kita. Cuma Allah hantarkan ujian kepada kita supaya kita sentiasa ingat pada Dia.

Tak cukup tidur, rasa penat, tak boleh nak buat apa dan lain-lain itu adalah lumrah bagi pasangan yang ada anak. Kepada korang yang dah ada 2, 3, 4 orang anak tu, memang saya respek sebab kalau nak jaga seorang anak pun dah pening kepala, inikan pula 2, 3, 4 orang anak kan?

Sementara Mayeesa nak membesar ini, saya nak jaga dia dan tak mahu jadi seperti ayah-ayah yang di luar sana. Menghempas anak ke sofa dan bagai-bagai. Sebab nanti Mayeesa dah besar nanti, saya dah tak boleh gomol-gomol dia macam sekarang. Sebab mesti dia akan malu dengan kawan-kawan dia.

Korang yang ada anak, hargailah anak korang tu ye? Itu rezeki korang. Ada orang tunggu bertahun-tahun tapi tak dapat seorang pun. Padahal, dari segi kewangan dan persediaan, dorang boleh dikatakan sudah bersedia. Cuma Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, January 4, 2013

MAKIN BANYAK HILANG PERIKEMANUSIAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terbaca dalam suratkhabar dan tertengok dalam berita di TV tentang penderaan terhadap kanak-kanak dan bayi serta pembuangan bayi. Dalam Youtube pun ada orang uploadkan kisah bapa yang sanggup memukul anaknya dan menghempas anaknya ke sofa. Itu tak kira lagi kes pembuangan bayi di tong sampah, rumah orang, campak ke dalam sungai dan lain-lain.

Mana pergi rasa perikemanusiaan mereka ini? Kalau dah tak mampu nak bela, kenapa buat anak? Anak itu anugerah. Ada orang yang terpaksa tunggu lama untuk dapat anugerah yang terindah ini dan ada yang tak dapat langsung.

Masa mereka kecil dulu, mereka pun diperlakukan sebegini ke sehingga mereka nak balas dendam dengan buat balik kepada anak atau bayi mereka sendiri? Mungkin mereka akan beritahu tekanan hidup yang buatkan mereka terpaksa buat macam ini. Tapi itu cuma alasan.

Kenapa saya cakap itu cuma alasan?

Saya bukan nak menceritakan keaiban keluarga saya tapi nak share sikit apa yang saya lalui. Bapa saya tinggalkan ibu saya tanpa bertali, tinggal macam itu saja. Selepas itu, ibu saya berusaha sendiri untuk membesarkan 4 orang anaknya. Mula-mula ibu saya bekerja kopek udang. Setiap hari ibu saya pergi mengopek udang. Korang bayangkan tangannya pada masa itu. Korang dapat bayangkan? Kemudian, ibu saya dapat kerja di kilang jahit pakaian dan berkerja hingga hari ini. Saya anak sulung dan saya sendiri rasa tertekan dengan keadaan pada masa itu tapi ibu saya masih mampu bertahan dan membesarkan kami berempat. Memori inilah menyebabkan saya sentiasa menyayangi ibu saya.

Ibu saya masih menjaga kami dan langsung tak buat apa yang berlaku sekarang, dia tak buang dan abaikan kami. Walaupun keadaan tertekan macam mana pun, dia masih jaga dan sayang kami semua. Tapi, kadang-kadang sebahagian daripada kami yang terlupa jasanya.

Korang dah ada anak, jangan abaikan dorang sebab doranglah anugerah yang paling indah walaupun tidur malam korang selalu terganggu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka