KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, January 31, 2014

MASIH BERADA DI TEKUN ...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setelah berduyun-duyun saya kemaskini blog dengan segmen dan giveaway, akhirnya saya kemaskini blog saya dengan entri terbaru saya.  Hehehe.

Di meja kayu di dalam bilik bersendirian.  Bukan saja bersendirian dalam bilik tetapi bilik sebelah sebelah dan sebelah pun tak ada orang.  Memang betul-betul bersendirian.  Kebanyakkan pelajar USM dah balik bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina ini.  Kenapa pula saya tak balik ye?


Disebabkan kelalaian sendiri, enjin kereta saya telah jammed dan terpaksa tukar enjin yang baru.  Disebabkan juga sekarang banyak kedai cuti sebab Tahun Baru Cina, kereta saya terpaksa tersadai di bengkel kawan kepada kawan saya di Penaga, Kedah.

Tetapi, kecekalan saya bukan setakat di sini saja.  Awal pagi nanti saya akan bertolak ke Butterworth dan cuba menaiki keretapi ke Kuala Kangsar untuk melepaskan rindu kepada isteri dan anak perempuan saya, Mayeesa.


Menurut isteri saya, Dua tiga hari saya tiada, Mayeesa dah mula mengamuk.  Mungkin dia rindukan saya.

"Mayeesa, papa pun rindu Mayeesa".

Itu saja yang mampu saya fikir dan luahkan.  Semoga esok adalah tempat kosong di dalam keretapi nanti.



Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment