Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, August 28, 2010

ANUGERAH PERSEKITARAN BERKUALITI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Assalamualaikum semua...

26hb Ogos lepas pejabat di bawah seliaan saya terpilih (JPN Daerah Kecil Bagan Datoh) untuk menjadi wakil Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perak dalam pertandingan merebut Anugerah Persekitaran Berkualiti. Pada 26hb Ogos 2010 4 orang panel melawat ke pejabat saya dan menilai.

Terkial-kial jugak la saya buat slide show presentation.  Tapi, last-last ok gak. Banyak gak dorang puji. Tapi ada la gak kelemahan-kelemahan yang kena betulkan.

Malam sebelum tue, saya dengan staf-staf saya bertungkus lumus menceriakan dan membersihkan pejabat. Sampai dekat pukul 12 tengah malam baru kami balik ke rumah.  Saya pulak sibuk rehersal presentation saya di samping report yang perlu disediakan kepada panel-panel penilai.

Panel-panel yang datang pun bukan calang-calang orangnya. Pengarah JPN Penang, Pengarah JPN Perlis, Unit Kuatkuasaan dan Siasatan, dan Unit Dasar.  JPN Ipoh Perak juga menghantar 5 orang wakil untuk menyambut dan menjadi pemerhati.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya tak berapa kisah sangat menang ke kalah ke. Sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman. Hehehe.

Terima kasih.
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. Suka baca post-post lama bro. Jujur. =)

    p/s: kalau blog best, pasti saya godek post-post lama sebab ia mengimbau kembali kenangan pertama kali berblog dengan bahasa Melayu tinggi. Syabas. (y)

    ReplyDelete