Esok ulang tahun hari kemerdekaan negara kita yang ke 53. Teringat masa aku kat UiTM Seri Iskandar dulu. Masa tue aku salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar. Masa tue kami kena organise FESKEM aka Festival Kemerdekaan (skrg dorang panggil FESBUK aka Festival Bulan Kemerdekaan). Persiapan memang sibuk sangat2. Sampai kadang-kadang aku tak makan sehari. Rindu waktu-waktu tue. Seronok je. Sekarang kerja tak seseronok macam dulu masa belajar. Manusia ni banyak yang pentingkan diri sendiri. Kira nak jaga perut sendiri je. Orang sekarang dah lupa teruknya orang-orang dulu nak bebaskan negara ini daripada penjajah. Kena seksa.Kena lari masuk hutan. Orang sekarang pentingkan duit saja. Kalau ada duit baru dorang pandang. Kalau takde duit, nak pandang pun susah.
Walaupun aku lahir bukan masa zaman sebelum merdeka, tapi bila tengok dokumentari dan filem-filem tentang kemerdekaan, hati aku jadi sedih. Betapa seksanya orang sebelum merdeka nak menghalau penjajah dan memerdekakan negara kita yang tercinta. Mereka bermandi darah dan mengikat perut sebab masalah kebuluran. Kini, kita tengok remaja sekarang, tak pernah rasa susah. Semuanya bagi mereka senang je. Internet. Shopping Complex. Cinema. Cuba bayangkan tiba-tiba perang berlaku. Macam mana wajah mereka nanti? Bukan aku minta tapi orang melayu ni kalau tak diketuk memang takkan bergerak. Mereka ingat mereka je yang betul. Ya, aku tau aku pun Melayu. Sebab tue aku cakap macam ni sebab aku sayangkan bangsa aku.
Aku harap sangat orang-orang sekarang sedar dan hargai perjuangan wira-wira kita dulu dalam membebaskan bumi kita yang tercinta. Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Yang Ke 53.
Terima kasih.
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment