Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

DULU KAWAN, SEKARANG MUSUH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Musim Pilihanraya Umum 13 dah bermula. Malah, dah makin hangat. Setiap parti sedang berkempen meraih undi. Setiap parti ingin menang pilihanraya kali ini. Bermacam-macam cara digunakan untuk menarik pengundi untuk mengundi parti masing-masing.

Tetapi, saya agak kecewa apabila PRU ini menjadi penyebab putusnya ikatan persahabatan dan ada juga yang sanggup bercerai berai. Padahal, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang akan berlaku di Padang Masyar nanti, ini bukanlah apa pun.

Tak perlu rasanya kita terlalu taksub dengan perkara-perkara sebegini. Cukuplah sekadar mengambil tahu dan membuat pilihan yang pada hemat kita, terbaik untuk kita dan negara Malaysia yang tercinta. Kita perlu tahu, UNDI ADALAH RAHSIA.

Perbezaan fahaman politik tak semestinya kita kena berjauhan. Kita masih boleh makan bersama-sama. Bersembang bersama-sama. Bermain bersama-sama. Tetapi, apa yang berlaku sekarang adalah berlaku pepecahan dan saling benci membenci antara satu sama lain. Sampaikan kawan karib sejak kecil boleh menjadi musuh yang paling ketat.

Ini cuma coretan pendapat saya saja. Korang ada pendapat lain tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 9, 2012

"SAHABAT YANG BAIK AKAN ..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Hendak mencari sahabat yang "betul-betul sahabat" adalah sangat susah. Sahabat masa gembira memang banyak tapi sahabat masa susah memang tak susah nak dicari. Oleh itu, kalau korang jumpa sahabat yang ada semasa korang susah dan senang, hargailah mereka.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 25, 2011

"GEGARIA METRO DI KEPALA BATAS...SAYA PERGI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ahad last week, saya Perkarangan Dewan Millenium Kepala Batas untuk tengok yang yang Gegaria Metro sangat kat sana tu. Lagipun, rakan seuniversiti dan juga rakan seMPP (Majlis Perwakilan Pelajar) UiTM Seri Iskandar Perak, Ammar Ikhwan ajak pergi sebab dah lama sangat kami tak jumpa. Kira kawan lama la ni. Lagipun, dia kerja dalam Projek Gegaria Metro ni.

Bergambar dengan kereta saya (perasan)
Ammar Ikhwan yang pakai baju Gegaria Metro tu

Gambar Close Up

Kami jalan-jalan keliling tengok apa yang ada kat Gegaria Metro tu. Actually saya datang dengan emak dan adik saya. Tapi, saya biarkan emak dan adik perempuan pergi merayau dalam Gegaria Metro tu. Saya dengan Ammar banyak sembang tentang zaman studi kami dulu dan juga apa yang sedang kami buat sekarang.

Saya ada tangkap dua gambar je sebab malas nak tangkap gambar (ada ke alasan macam kan?). Hehehe.

Gambar ni ambil masa petang
Tak berapa ramai orang dah

Orang tak berapa ramai tapi nak cari parking punyalah seksa. Lastly, parking jauh dan menapaklah saya.

Nampak macam malam kan? Bukan malam tapi dah mendung nak hujan
Host atas pentas tu Nabil Maharaja Lawak dengan Black

Tiba-tiba mendung dan terus hujan turun. Lebat plak tu. Nasib baik, masa tu saya dan Ammar dah bersalam dan berpisah. Sempat gak saya sambar sehelai Jersi Liverpool warna hitam yang saya memang nak sangat beli tapi kedekut. Hehehe.

Pastu, hujan pun turun dengan lebatnya dan tersangkutlah saya di khemah dekat pintu masuk Gegaria Metro dengan emak dan adik perempuan saya. Hehehe.

Bila hujan reda sikit, terus kami menapak ke tempat parking kereta. Basahlah sikit. Hehehe.

p/s : Musim hujan. Nak keluar rumah pun malas. Lagipun asyik nak demam selesema je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, November 13, 2011

"NAK DAFTAR LAHIR ANAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi tengah busy mengupdated senarai peserta Segmen Simple : Keychain Dari Padang Besar, handphone saya berdering. Tengok skrin, tertera nama kawan roommate masa kat UiTM Seri Iskandar, Perak dulu. Terus tanpa lengah lagi saya pun melarikan jari saya ke atas skrin untuk menjawab panggilan.

Saya : Assalamualaikum, Naser bercakap.

Kawan Saya : Waalaikummussalam. Naser, aku nak tanya sikit boleh tak?

Saya : Ha... Tanya la. Apa dia?

Kawan Saya : Kalau bayi beranak kat Penang tapi nak daftar ke Kulim, boleh tak?

Saya : Boleh. Sekarang ni lahir kat mana pun boleh daftar kat mana-mana JPN terdekat.

Kawan Saya : Ye ke?

Saya : Ye la. Sekarang ni pakai sistem online. So, katne daftar pun, automatik akan diupdate dalam sistem.

Kawan Saya : Owh... Camtu ke?

Saya : Anak siapa ni? Anak hang ke?

Kawan Saya : Ye la. Anak aku la.

Saya : Eh... Dah lahir dah? Awat hang tak bagitau? Berapa hari dah lahir?

Kawan Saya : Dah. 5 hari lepas.

Saya : Tahniah la.

Kawan Saya : Terima kasih.

Saya : Next week aku cuti, nanti aku pergi tengok anak hang tu. OK? Apa-apa hal, nanti aku roger.

Kawan Saya : OK. Datanglah tengok.

Saya : Oklah. Jumpa nanti ye? Bye.

Kawan : Orait. Bye.

Perbualan tadi baru je sebentar tadi saya cakap dengan kawan saya. Saya memang tahu isteri kawan saya ni mengandung tapi tak perasan dah sampai masa untuk isteri dia bersalin. Untunglah dia. Dia bercinta dengan isteri dia sejak di bangku sekolah lagi.

Tahniah saya ucapkan kepada kawan saya tu. Saya doakan anak perempuannya yang baru lahir tu sihat.

p/s : Rasa jeles gak tapi saya ni bakal isteri pun takde lagi. Anak tak payah cerita la. Kalau ada rezeki, adalah tu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 26, 2011

"SENYUM JE WALAUPUN DIPERLI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah sampai Hotel Prescott Inn Kajang. Tengah rehat-rehat je sekarang. Penat gak drive tadi. Dari Bagan Datoh ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan terus ke Kajang. Siap tersesat lagi. Hehehe.

Tadi tersesat, saya tersilap tengok tanda jalan. Kawan saya gelak-gelakkan saya. Saya pun gelak la nak cover malu. Takpelah. Lagipun dia gurau je. Layan je la. Dia nak menceriakan suasana.

Tapi, sepanjang perjalanan, dia asyik ungkit salah saya tadi. Semua gelak, saya pun gelak gak la. Walaupun rasa sikit annoying. Takpelah. Kawan-kawan tengah seronok. Layan je la. Kan?

Banyak kali gak dia perli sampai rasa nak senyum pun susah. Tapi saya tetap maintain senyum. Biar perjalanan seronok je. Kan? Layan je. Saya positifkan diri. Tak nak sentap sebab tahu dia cuma bergurau je.

Saya pun dua kali lima gak dulu. Hehehe.

p/s : Tengah cuba untuk perbaiki diri jadi lebih baik.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 17, 2011

"KAMI CUMA KAWAN JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya saya ni tak fahamlah dengan perempuan ni. Sori kepada sesiapa yang terasa k? Kalau tak couple tu, bagitau je dah couple. Tapi, bila ditanya,

"Takdelah. Kawan je"

"Kami takde apa-apa pun"

Padahal dalam Facebook siap berlove-love lagi. Siap panggil sayang lagi. Sebenarnya, apa yang dorang fikir? Nak pasang 33 orang ke? Hehehe.

Kalau dah couple tu, sila-silalah maklumkan sebab nanti timbul salah faham, pandai plak pakwe dia nak sound-sound. Pastu, buat sentap-sentap plak. Kalau dah sayang sangat, kawin je.

Entry ni takde kaitan dengan sesiapa pun. Jangan ada yang terasa plak. Cuma luahan pandangan saya yang masih mencari kefahaman seorang perempuan.

p/s : Sori banyak-banyak. Saya dah buat apa yang saya rasa patut saya buat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 14, 2011

"HATI BUDI CANTIK ATAU POKET CANTIK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi sembang dengan kawan perempuan saya yang kerja kat Kedah. Dia bagitau dia pernah kawan dengan yang poket cantik. Poket cantik ni bukan maksudnya poket tu dijahit dengan cantik. Tapi maksud saya orang yang loaded dan banyak duit.

Orang yang poket cantik ni katanya kira nak menunjuk je.

"Ini rumah aku yang beli"

"Kereta import aku beli sendiri"

"Aku ada syarikat sendiri tau"

Kalau saya dengar pun berbulu gak la. Baik dia berkawan dengan orang yang budi bahasa cantik katanyalah. Tak la rasa berbulu telinga. Hahaha.

Tapi bagi saya ada gak yang poket cantik ni budi bahasa pun cantik. Nak jumpa tu susah la skit. Korang pun dah besar kan? Sendirilah nilai dengan siapa korang nak kawan or kawin. Hehehe.

p/s : Teringin nak makan Spicy Chicken McDeluxe Burger plak ni. Ada sesape nak belanja?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 23, 2011

PENGALAMAN KITA MEMBENTUK DIRI KITA SEKARANG...

Asalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Diri kita sekarang adalah apa yang segala pengalaman kita selama kita hidup. Melalui pengalaman hidup kita, ia akan membentuk kita sama ada jadi baik atau tidak baik.

Pengalaman ni pun ada banyak pengaruh antara yang paling rapat adalah ibu bapa kita. Kita lebih menjadikan ibu bapa kita sebagai model utama untuk membentuk diri kita sekarang. Pengaruh ibu bapa terhadap diri kita memang sangat kuat.

Ada persoalan kalau dia tak pernah jumpa ibu bapa dia macam mana plak? Orang yang menjadi sebagai penjaga kepada dia. Peranan dan pengaruh penjaga pun boleh membentuk dia.

Pengalaman kita dalam berkawan pun mempengaruhi pembetukan diri kita. Kawan mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Tersilap memilih kawan, boleh bawa kita menjadi seseorang yang tidak baik. Begitulah sebaliknya.

Korang rasa siapa yang lebih mempengaruhi pembentukan diri korang sekarang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

KAWAN UNTUK HUHAHUHA MEMANG BANYAK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Apa yang tengok selama saya hidup, kawan untuk bergelak dan bertepuk tampar memang banyak. Tapi bila kita sedih dan susah, tak ramai plak kawan. Mana pergi semua kawan yang ramai masa nak bergembira dan bertepuk tampar tu? Dorang busy buat hal masing-masing.

Itu di belah dorang. Kita kata dorang jenis tak ingat kawan bila kawan dorang susah. Tapi kita kena tanya diri sendiri. Kita buat ke apa yang kita cakap dorang tak buat? Masa kawan kita susah dan sedih, kita di mana? Kita harapkan dorang ada di sisi kita bila kita sedih dan susah. Tapi di mana kita masa dorang sedih dan susah?

Korang jawab sendiri ye? Cuma ingatan di pagi hari yang nyaman ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 6, 2011

"KAWAN MAKAN KAWAN"

MENARIK:

WHAT A PERFECT WORLD IT WOULD BE IF WE DIDN'T HAVE TO WORRY ABOUT OUR PHONE CREDIT LIMIT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya blogwalking ke blog adik maya saya (dah dia anggap saya abang dia, saya pun anggap dia adik saya la..hehe..). Dalam blog dia menceritakan "Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik". Korang bleh klik SINI untuk baca, memang info yang sangat baik.

Tapi kat sini saya nak ceritakan tentang kawan makan kawan. Dalam dunia, ada macam-macam jenis kawan. Ada yang masa kita senang, baru dia muncul. Bila kita susah, dia pun hilang. Ada yang kawan sebab ada agenda tersembunyi. Antara agenda tersembunyi yang popular adalah sebab nak kenal dengan kawan kita yang hensem atau comey, sebab nak minta kita belanja makan selalu, sebab ayah dan emak kita polis, boleh minta diskaun saman nanti dan macam-macam.

Tapi yang paling teruk bagi saya, kawan yang depan baik tapi belakang mengutuk kita. Kawan macam ni saya pernah ada dulu. Tapi saya ni dulu lurus bendul dan jenis buat tak tau je. Ada gak bagitau saya, tapi saya ikut cakap emak saya, "biarlah, balasan dia kalau tak dapat kat dunia, kat akhirat nanti dapat la dia".

Ada gak kawan saya cerita tentang masalah dia yang ada kawan suka buruk-burukkan dia depan orang lain. Saya hairan gak sebab wujud gak orang macam ni. Mungkin kawan saya cantik atau hensem sangat dan dia tak cantik atau hensem, dia rasa terganggu gugat. Haha...

Korang pernah jumpa ke orang yang jenis "kawan makan kawan" ni? Kongsilah. Jangan la kedekut sangat. Isk2..

Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 22, 2011

"BERKAWAN BIAR SEBANYAK MUNGKIN, BERMUSUH BIAR ZERO"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

MUSIC UNLIMITED.

Semua orang suka berkawan kan? Kenapa kita berkawan? Kita berkawan sebab kita ikhlas untuk berkawan atau cuma nak harap dia klik Nuffnang kita je ke? Soalan ni cuma soalan rhetorical je. Korang nak jawab, jawab dalam hati je la ek?
Biar kita berkawan dengan semua orang. Tak kira la orang tu menyakitkan hati atau baik hati. Yang menyakitkan hati tu, kita kawan gak tapi tak la sampai dia nak pijak-pijak kepala kita. Yang baik hati plak kita kawan gak tapi jangan kita plak yang pijak-pijak kepala dia. Betul tak?

SEIZE THIS CHANCE TO MAKE YOUR PITCH WITH MYEG!

Nak berkawan memang senang tapi nak maintainkan per"kawan"an tu agak susah. Ada banyak sebab dan saya rasa korang boleh fikir sendiri sebabnya. Kan? Nak berkawan dengan siapa pun boleh tapi ada juga golongan yang tak boleh kita berkawan. Golongan ini golongan yang boleh merosakkan diri kita dan akidah kita. Buat apa kita nak berkawan dengan orang yang suka merosakkan orang lain kan? Seorang kawan akan jaga kawannya yang lain. Bukan merosakkan dia dengan macam-macam benda tak elok antaranya dadah.

WIN PRIZES BY HOPPING ONTO BUSES! RIDE, TOUCH AND WIN!

Musuh. Musuh senang sangat nak cari. Korang pergi pada orang tu dan terus cari gaduh dengan dia. So, korang pun dah dapat musuh kan? Nasihat saya, tak perlu cari musuh kalau nak hidup aman damai.

FREEDOM TO LOOK HOT!

Ini cuma pendapat saya. Ada yang tak setuju?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 1, 2011

TERSEREMPAK DENGAN JUNIOR MASA DI SEKOLAH MENENGAH...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi masa nak beli tiket wayang tadi, terserempak dengan junior masa sekolah kat Penang Free School dulu. Tapi yang menghairankan, dia nampak lagi tua daripada saya. Terkejut gak tadi.

Tapi saya no memang pelik. Nampak je junior tu macam kenal, terus saya tegur. Huhu... Tiba-tiba cakap salah orang tadi, cuak gak saya. Rupanya dia buat lawak je.

Korang pernah jumpa kawan yang dah lama tak jumpa tapi tak berani nak tegur sebab takut silap orang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka